Bekas suami ancam mahu saman isteri selepas kantoi berbogel dalam bilik bersama ibu sendiri. Pendedahan seorang wanita Indonesia tentang hubungan sulit suami dengan ibunya menjadi tular di media sosial.
Nampak suami & ibu sendiri berbogel dalam bilik
Berkecai hati seorang isteri yang bernama Norma Rismala, 21, apabila dia melihat sendiri suami, Rozi Jay Hakiki, 21, sedang bersekedudukan di dalam sebuah bilik bersama ibunya Rihanah Anah, 40-an, dalam keadaan berbogel.
Setelah diserbu oleh Norma, suaminya melarikan diri manakala ibunya pula menafikan perhubungan bersama menantunya sendiri. Ibu Norma, Rihanah menyatakan bahawa dia cuma mahu menikmati udara sejuk penghawa dingin berikutan cuaca panas di luar yang menyebabkannya dia menanggalkan pakaian sembahyangnya.
Turut tular, sebuah tangkap layar mesej teks antara Norma dan ibunya yang meminta maaf kepadanya kerena malu melakukan hubungan intim bersama menantu sendiri.
Jika saya boleh memilih untuk mati, saya lebih rela mati demi membahagiakan kamu. Saya tak tahan lagi. Kamu satu-satunya anak saya.
Kisahnya kembali viral
Kejadian yang berlaku di Banten, Indonesia ini sudah reda dan mereka pun sudah bercerai, namun kembali mendapat perhatian warganet apabila Norma berkongsi tentang kejadian itu di TikTok.
Peguam bekas suaminya menyatakan bahawa dakwaan Norma di dalam video tersebut adalah tidak benar. Aduan polis telah difailkan terhadap Norma dan jika didapati bersalah dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam tahun dan/atau denda sebanyak satu billion Rupiah (RM284,9500).
Manakala peguam Norma pula akan memfailkan saman balas terhadap bekas suaminya atas tuduhan berzina yang boleh dihukum penjara.
Terdahulu, Norma telah menerima sebanyak 50 juta Rupiah (RM14,250) atas tekanan emosi yang dialami dan kesan fizikal akibat dipukul bekas suaminya.