Bekas setiausaha,bendahari UMNO direman tujuh hari

Bekas setiausaha,bendahari UMNO direman tujuh hari

Bekas setiausaha,bendahari UMNO direman tujuh hari.

Bekas setiausaha dan bendahari UMNO cawangan di Pulau Pinang direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dan menggunakan wang parti berjumlah lebih RM600,000 untuk kegunaan peribadi.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 59 dan 73 tahun itu dikeluarkan Majistret Rosnee Mohd Radzuan di Mahkamah Majistret George Town, bermula hari ini hingga 19 September depan.

Bekas setiausaha,bendahari UMNO direman tujuh hari

Ia bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dilakukan terhadap kedua-dua lelaki tersebut.

Terdahulu, kedua-dua suspek tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 10.15 pagi dengan memakai baju lokap SPRM.

Difahamkan, mereka ditahan SPRM Pulau Pinang semalam, selepas memberi keterangan berhubung aduan salah guna kuasa ketika memegang jawatan berkenaan beberapa tahun lalu.

Sumber berkata, kedua-dua mereka disyaki menyalahgunakan kuasa dan bersubahat dengan menggunakan kedudukan mereka sebagai setiausaha dan bendahari pada ketika itu untuk membuat pengeluaran wang yang mencurigakan daripada akaun bank milik UMNO.

Katanya, wang lebih RM600,000 terbabit dipercayai untuk kepentingan peribadi.

Kedua-dua suspek yang merupakan pengarah sebuah yayasan pendidikan di negeri ini diwakili peguam, Norhisham Shaidi.

Baca Lagi:

Sultanah Kelantan Diana Petra Abdullah dedah wajah buat pertama kali secara rasmi

Ini fakta yang perlu anda tahu kenapa harga tiket ke Sabah dan Sarawak mahal

[VIDEO] Ular masuk dalam telinga wanita, mulut ternganga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *