Bekas perunding Quantum Metal akhirnya buka mulut selepas jawatan dilucutkan. Seorang jururunding Quantum Metal, Nini Comei, telah tampil memberikan penjelasan setelah sekian lama berdiam diri mengenai syarikat pelaburan emas tersebut.
Melalui hantaran video di TikTok @ninicomei, beliau menjelaskan bahawa jawatannya sebagai Merchant Developer telah dilucutkan pada 22 Julai 2024 baru-baru ini.
Akaun Quantum Metal juga dibekukan serta-merta atas alasan merosakkan reputasi syarikat.
“Adakah kami tiada hak untuk bertanyakan mengenai bayaran tertangguh, GSA, dan kedudukan semasa QM?” soal Nini Comei.
Katanya lagi, selama 8 bulan dia telah menekan pihak Quantum Metal untuk memberikan jawapan dan status mengenai bayaran tertangguh melalui emel, panggilan telefon, live chat, dan ibu pejabat.
Nini juga mempersoalkan bagaimana syarikat itu mempunyai ‘masa’ untuk membekukan dan melucutkan akaun jururunding QM, tetapi tidak dapat menyelesaikan pembayaran tertunggak yang dituntut oleh ahlinya.
Difahamkan bukan hanya akaunnya sahaja yang dibekukan, malah beberapa akaun jururunding lain juga turut mengalami nasib yang sama.
Pada masa yang sama, Nini meminta maaf kepada orang ramai dan memaafkan segala cacian serta fitnah yang dilontarkan oleh netizen kepadanya.
“Segala yang berlaku bukan di bawah kawalan Nini. Tak boleh salahkan sesiapa melainkan diri sendiri. Empat tahun perjuangan (30 November 2020 – 27 Julai 2024) Nini sia-sia.
“Alhamdulillah selepas 8 bulan berjuang, mengharap, menagih, dan mengemis simpanan sendiri serta simpanan klien di QM, kami pasrah dihalau dan dipinggirkan oleh pihak pengurusan QM.
“Kami menanggung kecaman, fitnah, dan tohmahan netizen. Kami pasrah. Kami redha. Nini ingin mengucapkan terima kasih banyak kepada Angel Group dan rakan-rakan yang mengenali Nini di Quantum Metal.
“Terima kasih atas peluang ini. Empat tahun bersama syarikat, tidak sangka berakhir begini. Nini harap pihak syarikat Quantum Metal dapat menyelesaikan semua bayaran tertunggak ahli-ahli,” luah Nini Comei.
@ninicomeiStatement dari NiniComei – Termination Letter as a Consultant Rank Nini sebagai Merchant Developer dalam Quantum Metal telah dilucutkan bermula 22/7/2024. Akaun QM juga diterminate serta merta atas alasan menjatuhkan reputasi company. Adakah kami tiada hak untuk bertanyakan berkenaan pending payment, GSA dan kedudukan semasa Quantum Metal? 8 bulan nini tak berdiam diri, kami push pihak QM untuk berikan jawapan dan status pending payment. Email, call, live chat, HQ. Masalah pending payment belum selesai. Company ada masa untuk terminate dan suspend akaun QM consultant yang bertanyakan mengenai simpanan emas. Bukan nini seorang sahaja kena terminate, tetapi semua akaun QM nini. Serta Founder Angel Group dan Merchant Bullion Star Group juga diterminate pada hari yang sama. Angel group statement : https://www.facebook.com/share/p/cPhtJehAbYemf7MN/?mibextid=WC7FNe Semua yang jadi bukan dibawah kawalan nini. Tak boleh salahkan sesiapa melainkan diri sendiri, 4 tahun perjuangan nini sia2. 30 November 2020 – 27 Julai 2024 NCTeam tidak akan berhenti perjuangkan ilmu kewangan & ekonomi diri serta keluarga sejak 2018. Tak pernah jemu berkongsi peluang. Alhamdulillah selepas 8 bulan berjuang, mengharap, menagih & mengemis simpanan sendiri serta simpanan client di QM, kami pasrah dihalau, dipalau oleh mgt QM. Kami telan kecaman, fitnah dan tohmahan netizen. Kami pasrah. Kami redha. Nini ucapkan terima kasih banyak kepada angel group dan rakan-rakan yang mengenali nini di Quantum Metal. Terima kasih atas peluang ni. 4 tahun bersama company, tak sangka end up macam ni. Nini harap pihak company dapat selesaikan semua pending payment ahli2.