Bekas pelajar buka mulut kes lelaki kantoi guna IC palsu kerja sebagai guru sejak 29 tahun lalu

Bekas pelajar buka mulut kes lelaki kantoi guna IC palsu kerja sebagai guru sejak 29 tahun lalu

Bekas pelajar buka mulut kes lelaki kantoi guna IC palsu kerja sebagai guru sejak 29 tahun lalu. Jasa Guru Tetap Dikenang.. Coach yang tidak kedekut masa dan wang ringgit, semoga dipermudah urusan selepas ini…

Copy Paste komen mohd Habibullah Safri

Saya ex student beliau. Guru MT dari Ting. 1-3 & Guru PAI semasa Ting. 4.

Bekas pelajar buka mulut kes lelaki kantoi guna IC palsu kerja sebagai guru sejak 29 tahun lalu

Kerana beliau saya minat subjek MT semasa SM. Subjek tu memang skor dr SR tp masa tu sebab pressure dr ibu. Masuk SM kerana teknik mengajarnya yg santai tapi sampai saya jadi sgt minat sampai skor A dlm PMR & A1 dlm SPM.

Beliau juga pernah tumpangkan saya di rumah flat beliau untuk berlatih syarahan agama ketika mewakili daerah ke MTQ semasa ting. 3 sekaligus menjadi guru pengiring. Kalau ada pertandingan tilawah kalangan guru beliaulah yg selalu mengungguli kerana bacaannya sangat sedap.
Itu baru jasa kepada saya seorang. Sekolah kami ini di pedalaman Sabah. Untuk anak2 guru mcm sy memang biasa keluar & terdedah dgn persekitaran bandar. Tp di kalangan rakan sekolah sy yg anak2 kampung ada yg telefon bimbit pun tidak pernah lihat. Ust. Ridal inilah yg rajin bawa team bola tampar sehingga ada rakan2 sy anak2 pedalaman ini yg menjadi wakil Sabah ke MSSM. Itulah kali pertama mereka ke bandar & naik kapal terbang. Bukan hanya atlit sekolah tapi atlit daerah yg ke Sukan Negeri (SAGA-Sabah Game) pun beliau latih dlm bola tampar.

Ust. Ridal jg aktif dalam kalangan komuniti mengajar fardhu ain masjid surau, mengajar mengaji hatta ayah sy pun tasmik bacaan dengan beliau.

Tidak cukup itu, boleh tanya guru2 anak Ust Ridal. Anaknya murid2 cemerlang. Salah seorang anaknya mewakili Sabah ke SUKMA.

Ya, salah tetap salah. Undang2 mesti didaulatkan. Beliau sudah dijatuhkan hukuman. Yg komen tanpa kenal beliau boleh tahan jari dari menaip. Bawa sini pencapaian dan sumbangan anda kepada anak murid. Ingat anda sendiri tidak tahu masa depan sendiri. Jangan lebih sudu dari kuah menghukum beliau. Bimbang2 anda sendiri terpalit jenayah yang lebih besar di penghujung perkhidmatan. Kami anak murid beliau sentiasa mendoakan beliau atas ujian yg menimpa ini.

*TAMBAHAN: 30 tahun dahulu SMK Kemabong tempat beliau bertugas terletak 30KM dari pekan terdekat. Tiada jalan raya bertar. Tiada fasiliti telefon, tiada hospital hanya klinik kesihatan. Penduduk muslim adalah minoriti. Tiada solat jumaat dilaksanakan di sana. Beliau sahut cabaran mengajar di sana, buat solat jumaat, buat kelas mengaji & fardhu ain utk penduduk tempatan.

Baca Lagi:
Wanita ini pernah jadi bahan gelak geng guru sebab jahit poket baju sekolah guna benang hitam
“Orangnya alim tapi agak pelik bila aku terjumpa pakaian perempuan dalam beg baju dia sendiri”
Semakin hari semakin panas cuaca di Malaysia, ini cara cepat sejukkan kereta anda
CATEGORIES