Bekas MP Umno Nazri Aziz dilantik duta Malaysia ke Amerika Syarikat

Bekas MP Umno Nazri Aziz dilantik duta Malaysia ke Amerika Syarikat

Bekas MP Umno Nazri Aziz dilantik duta Malaysia ke Amerika Syarikat. Bekas anggota parlimen Umno Nazri Abdul Aziz dilantik sebagai duta Malaysia ke Amerika Syarikat mulai hari ini, kata Wisma Putra.

Kementerian luar berkata Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sudah menganugerahkan watikah pelantikan kepada Nazri dan sembilan orang lagi untuk mengetuai misi diplomatik luar negara di Istana Negara hari ini.

Menurut kementerian, lantikan itu dibuat dengan mengambil kira latar belakang Nazri yang merupakan graduan Lincoln’s Inn United Kingdom serta mempunyai pengalaman luas sebagai menteri.

Bekas MP Umno Nazri Aziz dilantik duta Malaysia ke Amerika Syarikat

Selain Nazri, turut menerima watikah pelantikan mereka adalah Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia Syed Md Hasrin Tengku Hussin @ Syed Hussin dan Duta Besar Malaysia ke Republik Filipina Abdul Malik Melvin Castelino Anthony.

Turut menerima watikah pelantikan ialah Duta Besar Malaysia ke Holy See Hendy Anak Assan, Duta Besar Malaysia ke Sweden Hafizah Abdullah, Duta Besar Malaysia ke Brazil Gloria Corina Anak Peter Tiwet dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kenya Ruzaimi Mohamad.

Selain itu, Duta Besar Malaysia ke Republik Czech Suzilah Mohd Sidek, Duta Besar Malaysia ke Timor Leste Amarjit Singh Sarjit Singh dan Duta Besar Malaysia ke Kuwait ‘Alauddin Mohd Nor.

Baca Lagi:
Rupanya Ex tunang Anju ada anak dara cantik, muka macam orang Thailand
Sebelum masuk kedai pelanggan kena dengar ‘briefing’ dulu, usahawan kek Crepe dikecam
KJ sah bertugas sebagai penyampai stesen Radio Hot FM
CATEGORIES