Bekas isi telur mata kerbau jatuh terbarai, penjual nasi lemak dikurnia rezeki yang tak disangka

Photo of author

By Joe

Bekas isi telur mata kerbau jatuh terbarai, penjual nasi lemak dikurnia rezeki yang tak disangka.Pernah dengar tak, rezeki yang kita ada ni bukan sepenuhnya milik kita? Walaupun kita bekerja keras untuk mendapatkannya, tetapi dalam rezeki ini terselit juga rezeki orang lain.

Misalnya seperti kisah yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Zairina Yuszairi berhubung rezeki.

Dalam hantaran yang dibuat melalui Facebooknya, dia menceritakan kisah menyentuh hati, yang melibatkan rezeki, kuasa Allah juga kuasa redha.

Bekas isi telur mata kerbau jatuh terbarai, penjual nasi lemak dikurnia rezeki yang tak disangka

Mari baca kisahnya di bawah ini.

Allah Maha Besar

5 minit tadi aku singgah beli nasi lemak tepi jalan. Kakak yang jual tu lebih kurang sebaya aku.

Aku pelanggan ke 3 yang beratur. Depan aku ada sorang brother dan kakak tu tengah sediakan beberapa bungkus nasi lemak untuk customer paling depan.

Sempat la aku dengar sembang kakak tu dengan pelanggan depan sekali seorang perempuan. “Lambat sikit hari ni sebab anak kecik meragam sebelum keluar berniaga,” katanya.

Maka aku assume dia keluar berniaga untuk tambah pendapatan suami atau untuk menyara kehidupan dia dengan anak keciknya.

Nampak dia kelam kabut maybe sebab orang dah start beratur buat dia nak cepat uruskan bungkus untuk customer first tu. Aku tengok dekat 7 bungkus gak tapi sebab kakak tu sorang yang buat semua so kena tunggulah.

Mungkin juga dia tak nak kehilangan pelanggan buatkan dia kelam kabut. Kalau lama sangat orang beratur dan tunggu, orang akan pegi. Kalau betul ini yang aku jangkakan, kesian kakak tu. Mungkin dia perlukan jualan yang banyak hari ni untuk dia tampung kehidupan. Hiba jap aku.

Tiba-tiba, dia terlanggar bekas telur mata kerbau atas meja. Terbarai semua jatuh ke tanah. Aku tengok muka dia penuh dengan kesedihan. Modal tak dapat, customer nak ada telur mata dlm nasi lemak pun dah tiada. Aku dan brother yang berdiri depan tolong dia kutip dan kemaskan. Kami biarkan dia selesaikan urusan dengan pembeli pertama.

Sampai giliran brother tu, dia order 2 bungkus nasi lemak. Aku tengok je muka kakak tu, nampak berlinangan air mata dan dia tak berhenti minta maaf sebab lambat uruskan pelanggan yang first tadi. “Maaf cik, lambat dan terpaksa tunggu lama,” katanya pada brother tu. Aku tengok brother tu senyum je.

Masa nak bayar, aku nampak brother tu keluarkan wallet. Aku nampak banyak not RM10 dan RM5 tapi dia keluarkan not RM50. Nasi lemak brother tu dalam RM 6 je.

“Cik tiada duit kecil?” tanya kakak tu. “Saya ada ni je kak,” balasnya sedangkan aku nampak duit dlm wallet dia.
“Saya tiada duit kecik, esok atau bila-bila cik boleh datang bayar”, balas kakak tu pada brother tu. Tiba-tiba, brother tu amik bungkusan nasi lemak yg dia bungkus then kata, “Takpa kak, tak perlu baki. Saya silap tadi. Saya nampak bekas telur tu dah nak jatuh tapi saya tak tolong alihkan ke tengah sikit. Rezeki kak la balance tu ganti semula telur mata yang jatuh tu”, brother tu senyum dan berjalan ke kereta.
“Allah, banyak sangat ni cik. Terima kasih banyak-banyak dan semoga rezeki cik melimpah,” kata kakak tu sambil mengesat air mata. Brother tu senyum sebelum dia blah dari situ.

3 pengajaran yang sangat baik bagi aku;

1. Masih ada melayu yang sayangkan bangsanya dalam erti dan bahasa yang sebenar. Akan ada saudara seagama yang prihatin dan berhati mulia macam brother tu di sekeliling kita.

2. Besarnya kekuasaan Allah SWT. Jangan kau sangka rezeki yang terlepas dari tanganmu akan pergi begitu sahaja. Akan ada rezeki lain yang DIA gantikan tanpa kau sangka asalkan kau redha dengan setiap yang berlaku. Rezeki dan rahmat Allah luas.

3. Duit dalam poket kita bukan hak kita, tapi duit yang kau sedekahkah itu adalah milik kau sepenuhnya. Nak banyak harta di akhirat, buatlah pelaburan di dunia dengan bersedekah dan berinfaq. Profit dan return bukan 2 atau 3 digit tapi infiniti.

Semoga kalian dapat sesuatu dari apa yang berlaku sebentar tadi. Tak payah motto “tak hensem takpa janji kaya” sebab yang kaya itu Rabb yang bodoh sombong tu manusia.

Baca Lagi:
Kenapa Kelantan dikategorikan negeri paling miskin dalam Malaysia?, ini sebabnya yang ramai orang Kelantan tak sedar
“Genap 16 tahun kahwin semua aku tanggung, luruh jantung bila check telefon anak jumpa mesej suami dengan wanita lain, aku tazkirah cukup-cukup mereka berdua dan adu pada mentua”
Wanita jumpa nenek mengesot tengah jalan pukul 3 pagi, beranikan diri selamatkan nenek, terkejut bila dapat tahu nak pergi pasar cari ikan