Bekas askar bina rumah guna botol kaca jadi perhatian ramai, 20 tahun kutip botol yang hanyut di laut, rupanya ada mesej yang nak disampaikan….Seorang warga emas telah menarik perhatian di laman TikTok kerana rumahnya yang dihias dengan ribuan botol, menjadi tarikan pelancong.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @senokperutofficial, warga emas yang dikenali sebagai Tok Ki terlihat menghias rumahnya dengan botol-botol terpakai, menjadikannya tempat tarikan orang ramai yang berkunjung ke Terengganu.
Tok Ki telah memberi nama rumah itu sebagai ‘Rumah Botol Ayahku’. Diketahui, Tok Ki telah mengumpul ribuan botol terbuang tersebut sejak 20 tahun yang lalu.
Menurut Tok Ki, kebanyakan botol kaca yang dikutipnya adalah botol yang hanyut di laut. Rumahnya yang terletak di Kampung Penarik, Setiu, juga dihiasi dengan pantai pasir yang digunakan sebagai karpet.
Pada mulanya, Tok Ki mengutip botol-botol terpakai bukan dengan niat untuk menonjolkan diri, tetapi untuk memberi kesedaran kepada penduduk kampung supaya tidak membuang dan memecahkan botol kaca dengan sewenang-wenangnya.
‘Rumah Botol Ayahku’ boleh dilawati dua kali sehari.
Waktu lawatannya adalah dari pukul 8.30 pagi hingga 12 tengah hari dan dari 2 hingga 4 petang.
Selain botol, Tok Ki juga mengutip bekas simpanan makanan plastik untuk digunakan sebagai hiasan di rumahnya.
“Tidak diduga, selepas makan mi rebus di Penarik, saya menemui rumah paling unik yang pernah saya jumpai, iaitu Rumah Botol Tok Ki di Penarik. Yang penting, Tok Ki sangat mesra dan penuh dengan nasihat, sehingga kanak-kanak ingin pergi melawat dia lagi untuk kali kedua,” kata pengguna TikTok yang mengambil rakaman.
@senokperutofficial Tak tersangka, lepas makan Mee Rebus Di Penarik, jumpa rumah paling unil pernah jumpa Rumah Botol Tokki di Penarik. Yang penting Tokki sangat mesro dan penuh nasihat, sampai budok2 nak gi jumpa dia kali kedua #terengganu #jalanjalan #celuptepung #penarik ♬ Kecapi Suling Paling Sedih – Suling Sunda
Hebat betul, umur dah 80 lebih pun masih gagah lagi Tok Ki ni. Kalau korang pergi Terengganu jangan lupa singgah okay!