Bekalan ubat Parasetamol tiada stok, resahkan orang ramai. Bekalan ubat parasetamol yang melegakan demam dan sakit kepala sukar diperolehi di pasaran ketika ini meresahkan orang ramai terutama pesakit Covid-19.
Tinjauan Kosmo! di beberapa farmasi di kawasan ini mendapati bahagian rak yang mempamerkan ubat jenama terkenal itu kosong sejak kes Covid-19 semakin meningkat beberapa minggu ini.
Seorang pekerja sebuah farmasi di kenali Amira, 27, berkata, ramai pelanggan memilih untuk membeli parasetamol tertentu sahaja yang sememangnya habis bekalan sejak Januari lalu.
“Farmasi kami sudah habis stok parasetamol awal tahun lagi, yang ada hanya ubat selesema sahaja,” jelasnya ketika ditemui semalam.
Jelasnya, pembekal ubat berkenaan menghantar bekalan yang sedikit sahaja dan stok berkenaan cepat habis.
Seorang lagi pekerja farmasi kawasan itu, Liew Kar Wai, 43, berkata, orang ramai pula bersikap tidak mahu membeli jenama lain dan mahu satu jenama sahaja popular.
“Pembeli tiada pilihan kini, mereka terpaksa beli parasetamol mana yang ada sahaja, tidak boleh pilih jenama,” tambahnya.
Parasetamol kehabisan stok sejak Januari lalu.
Kar Wai berkata lagi, ramai pembeli juga terdiri daripada kontak rapat pesakit Covid-19 dan ada yang ingin menyimpan ubat di rumah jika dijangkiti menjadi punca stok ubat berkenaan cepat habis di pasaran.
Seorang pembeli parasetamol yang mahu dikenali Farah Waheeda berkata, sekarang ini amat sukar mendapatkan ubat berkenaan terutama ketika kes pandemik Covid-19 sedang meningkat sekarang.
“Saya pesakit Covid-19 kali kedua, nak beli ubat ini untuk legakan sakit kepala dan demam pun susah. Empat farmasi dekat kawasan rumah pun tiada.
“Saya terpaksa beli secara dalam talian itu pun kena beli dengan harga yang lebih mahal,” jelasnya.
Baca Lagi:
[VIDEO] Askar Rusia menangis bercakap dengan ibu selepas serah diri
Ramai yang tak tahu dengan ‘Meter Minyak E’ berapa kilometer anda boleh pergi
Lelaki ini dicari ambil duit pakcik, baik pulangkan muka dah viral ni bang