Bayi merangkak atas bumbung rumah seorang diri jadi tanda tanya

Bayi merangkak atas bumbung rumah seorang diri jadi tanda tanya

Bayi merangkak atas bumbung rumah seorang diri jadi tanda tanya. KECOH di media sosial apabila seorang bayi lelaki dilihat sedang merangkak seorang diri di atas bumbung sebuah rumah di Indonesia baru-baru ini.

Melalui perkongsian video di media sosial yang berdurasi 17 saat itu memaparkan seorang bayi lelaki dalam lingkungan umur setahun sedang merangkak di atas bumbung rumah seorang diri sekali gus mengundang tanda tanya warga maya.

Kejadian yang berlaku di negara jiran, Indonesia itu mendapat 100,000 tontonan di Twitter.

Bayi merangkak atas bumbung rumah seorang diri jadi tanda tanya

Rata-rata pengguna media sosial keliru bagaimana kanak-kanak lelaki itu boleh berada di tempat yang tinggi seorang diri.

Jika diperhatikan keadaan sekeliling, amat mustahil bagi seorang kanak-kanak mampu memanjat dinding yang begitu tinggi untuk sampai ke atas bumbung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majoriti (@majoritiofficial)

Pengguna media sosial turut bimbang jika perkara itu berpunca daripada kecuaian ibu bapa kanak-kanak tersebut yang mana boleh membahayakan keselamatan.

Terdapat juga beberapa pendapat atau komen pengguna media sosial mencuit hati setelah melihat video tersebut yang mana mengatakan mereka menyangka itu hanya seekor kucing, tetapi ternyata seorang kanak-kanak lelaki.

Ada juga menyamakan aksi bayi itu sama seperti dalam filem Baby’s Day Out arahan Patrick Read Johnson terbitan 1994.

Namun, punca sebenar kanak-kanak itu boleh berada di atas bumbung tidak diketahui sekali gus menjadi perdebatan pengguna media sosial.

Baca Lagi:
Selepas 20 tahun menyepi, Syanie teruja dapat berjumpa kembali Zali ‘anak’ dalam filem Senario Lagi
Menang ‘cabutan bertuah’ sebanyak RM32 juta, lelaki dari Johor jadi jutawan segera
Lelaki ini menang RM14 juta sehari sebelum terbang ke Malaysia, tak sangka ini yang terjadi pada dirinya
CATEGORIES