‘Bayi malang’ suami isteri enggan beli tiket penerbangan untuk anak, sanggup tinggal di kaunter daftar masuk

‘Bayi malang’ suami isteri enggan beli tiket penerbangan untuk anak, sanggup tinggal di kaunter daftar masuk

‘Bayi malang’ suami isteri enggan beli tiket penerbangan untuk anak, sanggup tinggal di kaunter daftar masuk. Suami isteri sanggup meninggalkan bayi mereka di kaunter daftar masuk di lapangan terbang, gara-gara enggan membeli tiket penerbangan secara berasingan.

Dalam kejadian di Israel pada Selasa, kakitangan daftar masuk meminta ibu bapa tersebut membeli tiket untuk bayi mereka.

Memetik laporan media Israel, Mako, kekecohan berlaku di Lapangan Terbang Ben-Gurion di Tel Aviv, apabila ibu bapa bayi itu enggan membayar tiket untuk anak mereka bagi penerbangan ke Brussels, Belgium.

Menurut Ryanair, penumpang yang menaiki penerbangan bersama seorang bayi boleh membayar sama ada kira-kira £25 (RM132) atau membeli tempat duduk berasingan untuk anak mereka pada tambang standard bagi dewasa.

'Bayi malang' suami isteri enggan beli tiket penerbangan untuk anak, sanggup tinggal di kaunter daftar masuk

Pasangan itu yang merupakan pemegang pasport Belgium dilaporkan meninggalkan anak mereka yang berada dalam kereta sorong bayi.

Mereka seterusnya bergegas ke bahagian imigresen.

Menyedari bayi malang itu ditinggalkan, kakitangan menghubungi polis sebelum menahan pasangan suami isteri itu untuk disoal siasat.

Menerusi satu rakaman yang diperoleh Mako, menunjukkan pekerja daftar masuk terkejut menemui seorang bayi berada di dalam kereta sorong tanpa pengawasan penjaganya.

“Semua pekerja terkejut. Kami tidak pernah melihat perkara seperti ini. Kami tidak percaya apa yang kami lihat,” kata seorang pengurus desk Ryanair

Bercakap kepada Mako, pegawai penerbangan berkata, pasangan itu kelihatan bimbang untuk melalui keselamatan.

“Pasangan itu tiba lewat untuk penerbangan selepas kaunter daftar masuk penerbangan ditutup,” kata Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Israel.

Pihak berkuasa berkata, kakitangan membawa pasangan itu kembali ke kaunter penerbangan untuk mengambil bayi mereka, dan menghubungi polis serta pengawal keselamatan’.

“Pasangan tersebut mengambil semula bayi itu,” tambah pihak berkuasa.

Baca Lagi:
Penyanyi Lan A to Z terkenal dengan lagu ‘Itik Gembo-Gembo’, begini keadaan beliau sekarang
Orang Sarawak bakal jadi kaya-raya, ulat ‘kayangan’ berharga RM600 sekilo ditemui atas jalan
Nad Zainal sah nikah dengan Ungku Ismail, kenali latar belakang siapa sebenarnya lelaki ini
CATEGORIES