“Baru tahu Toshiba ada kereta”- Warganet terkejut nampak kereta macam ‘peti ais’ atas jalan

Photo of author

By Joe

“Baru tahu Toshiba ada kereta”- Warganet terkejut nampak kereta macam ‘peti ais’ atas jalan. Dulu, MPV besar seperti Toyota Alphard, Toyota Vellfire, Toyota Estima, atau Nissan Serena menjadi pilihan utama. Namun, kini, banyak yang beralih minat kepada MPV yang lebih kompak.

Seorang pengguna jalan terkejut apabila menjumpai sebuah ‘kereta kotak’ dengan logo Toshiba di belakangnya.

Perkongsian video TikTok @wegonuts8, membuatkan ramai orang seperti tidak percaya Toshiba ada mengeluarkan kereta selain peralatan elektrik rumah.

"Baru tahu Toshiba ada kereta"- Warganet terkejut nampak kereta macam 'peti ais' atas jalan

Namun sebenarnya, ia bukanlah kereta yang dikeluarkan oleh Toshiba, tetapi sebuah Nissan Cube yang ditempel dengan logo jenama peralatan elektrik terkenal tersebut.

Ramai netizen menganggap reka bentuk kereta kompak itu seperti peti sejuk, mesin basuh, atau microwave — yang boleh bergerak.

@wegonuts8 Maybe this is the real “peti ais” 😔 #fypシ゚viral #carsoftiktok #toshiba #federalhighway #shahalam #fyp #foryoupage #malaysia ♬ original sound – mrpejal

"Baru tahu Toshiba ada kereta"- Warganet terkejut nampak kereta macam 'peti ais' atas jalan

"Baru tahu Toshiba ada kereta"- Warganet terkejut nampak kereta macam 'peti ais' atas jalan

"Baru tahu Toshiba ada kereta"- Warganet terkejut nampak kereta macam 'peti ais' atas jalan

Dalam masa sama, ada netizen menyatakan jika satu masa dahulu Proton Juara dikeluarkan pada tahun 2024, pasti kereta kompak itu pun mendapat permintaan tinggi daripada rakyat tempatan.

Proton Juara dihasilkan pada tahun 2001-2004 dengan kerjasama Mitsubishi. Oleh kerana sambutan kurang memberangsangkan, produksi kereta kompak tempatan itu ditamatkan.

Baca Lagi:
Lelaki mengeluh duit gaji tinggal RM50 selepas beli superbike BMW
“Dulu diatas pentas yang penuh gah, sekarang dibawah rumah je”
Kopi, teh susu jadi rebutan orang ramai, sanggup beratur pukul 4 pagi