Baru seminggu cerai dengan Farid Kamil, Diana Danielle dah ada pengganti?, ini videonya

Photo of author

By Joe

Baru seminggu cerai dengan Farid Kamil, Diana Danielle dah ada pengganti?, ini videonya. Pelakon, Diana Danielle mengejutkan ramai selepas kongsi beberapa foto memegang tangan seseorang ketika berada di sebuah restoran.

Bekas isteri aktor Farid Kamil ini memuat naik hantaran yang telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen sehingga disyaki telah menemui pengganti selepas bercerai.

“Pov: You are on a date with me,” tulisnya serta menulis akaun Instagram tiga rakannya lain di ruangan kapsyen seakan memberi tanda mereka keluar bersama.

Baru seminggu cerai dengan Farid Kamil, Diana Danielle dah ada pengganti?, ini videonya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat hantaran tersebut, malah ramai juga mempersoalkan Diana seakan melanggar tempoh iddahnya.

Rakan selebriti, aktres Puteri Sarah juga sempat meninggalkan komen yang mengusik Diana nakal dengan sengaja mencipta content sedemikian.

“Buat hal eh,” tulis Puteri Sarah.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, segelintir netizen mempertahankan Diana atas dakwaan telah mencari pengganti itu.

Ramai dalam kalangan mereka berkata Diana berada di restoran tersebut bersama tiga rakannya yang lain.

Meninjau di hantaran Instagram Story milik Diana, dia berkongsi sebuah video pendek bersama rakannya yang merupakan individu memegang tangannya dalam foto tersebut sekaligus menepis dakwaan sudah menemui pengganti.

Baru seminggu cerai dengan Farid Kamil, Diana Danielle dah ada pengganti?, ini videonya

Sekadar info, Farid dan Diana sah bercerai talak satu pada 10 Ogos lalu secara online.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Baca Lagi:
Dakwaan lebih 200 sekolah agama di Selangor diarah tutup, ini cerita sebenar
Wanita ini mampu tengok barang hilang melalui WhatsApp, gelang emas hilang tahun lepas dijumpai
Kakak tembak adik gara-gara kantoi ada hubungan dengan suami