Baru saja bercerai, wanita masukkan lesung batu dalam kemaluan, tanggung derita faraj terpaksa dibedah

Photo of author

By Joe

Baru saja bercerai, wanita masukkan lesung batu dalam kemaluan, tanggung derita faraj terpaksa dibedah. Seorang wanita berusia 41 tahun dilaporkan mengalami kesakitan di bahagian kemaluannya selepas satu objek keras tersangkut di dalamnya, lapor Disway.

Kejadian tersebut menjadi tular di media sosial selepas objek keras tersangkut itu didakwa sebagai pemegang lesung batu.

Anak lesung batu itu dikatakan telah tersekat dan tidak dapat ditanggalkan.

Baru saja bercerai, wanita masukkan lesung batu dalam kemaluan, tanggung derita faraj terpaksa dibedah

Menurut Disway, satu-satunya cara untuk mengeluarkannya adalah dengan melalui proses pembedahan.

Kejadian malang itu telah dikongsikan oleh seorang doktor di akaun TikTok @ikkay_dr yang dipetik pada Ahad, 13 Ogos lalu.

Doktor tersebut memberitahu bahawa ada seorang wanita (41) telah datang ke bilik kecemasan obstetrik di tempat dia bekerja secara sendirian.

Tambahnya, wanita itu mengadu sakit serta mengalami pendarahan di bahagian kemaluannya.

Selepas rawatan awal dijalankan, tanda-tanda vital seperti tekanan darah, suhu dan lain-lain adalah normal, cuma nadinya agak laju.

“Pesakit mendakwa sakit perut di bahagian bawah disertai pendarahan dari saluran peranakan sejak malam,” kata perkongsian tersebut.

Selain itu, doktor tersebut turut menjalankan sesi soal jawab bersama mangsa mengenai sakit yang dialaminya itu.

Hasil soal jawab tersebut, wanita itu mengaku sebagai janda dan baru sahaja bercerai.
Proses rawatan kemudian diteruskan dengan pemeriksaan dalaman iaitu alat sentuh faraj VT.

Pemeriksaan itu mendapati terdapat satu objek keras dengan permukaan tidak rata di kemaluannya.

Pesakit akhirnya mengaku bahawa telah memasukkan objek ke dalam kemaluannya dan masih tersekat di dalamnya.

“Selepas berunding dengan pakar obstetri dan ginekologi, pemindahan manual telah dilakukan, tetapi tidak berjaya,” jelasnya.

Seterusnya, pembedahan untuk mengeluarkan anak lesung itu segera dilakukan,” tambah doktor menerusi perkongsian tersebut.

Terdahulu, seekor lipas telah berjaya dikeluarkan daripada faraj seorang wanita yang mengadu ke doktor kerana berasa “tidak selesa” pada kemaluannya, lapor Daily Mail.

Pesakit yang tidak dinamakan itu dilaporkan telah datang ke klinik di Honduras untuk mendapatkan rawatan selepas berasa “gelisah dan berpeluh” di bahagian sulitnya.

Pesakit itu juga dikatakan tidak dapat tidur malam sebelumnya kerana berasa tidak selesa sepanjang serangga perosak itu berada di dalam farajnya.

Selepas pemeriksaan dijalankan, doktor terkejut apabila mendapati terdapat serangga yang sudah mati berada di bahagian sulit wanita tersebut.

Baca Lagi:
Warga emas bawa Kia langgar Lamborghini Urus di plaza tol, tak sangka pemilik Lamborghini selesaikan isu dengan matang tak mintak satu sen ganti rugi
ADUN Pahang antara 10 yang terkorban dalam nahas pesawat di Elmina
Penduduk kampung larang mayat pelacur dikebumikan hingga terpaksa tukar identiti si mati