Baru kerja 3 hari, majikan terus ajak kahwin, siap belikan 3 buah rumah dan tanah

Photo of author

By Joe

Baru kerja 3 hari, majikan terus ajak kahwin, siap belikan 3 buah rumah dan tanah. Seorang wanita yang bekerja di Arab Saudi terkejut apabila diajak berkahwin oleh majikannya sendiri, dilaporkan oleh akhbar Tribunnews semalam.

Lebih mengejutkan lagi, wanita bernama Sarah itu diajak berkahwin selepas hanya tiga hari bekerja.

“Majikan saya kini adalah suami saya. Saya bekerja di rumah suami, dan baru pada hari ketiga saya bekerja… saya berkahwin,” kata Sarah.

Baru kerja 3 hari, majikan terus ajak kahwin, siap belikan 3 buah rumah dan tanah

Sarah pada mulanya datang sebagai pekerja asing di Arab Saudi, namun sebenarnya dia enggan bekerja kerana bermalas-malasan.

Oleh itu, Sarah berdoa agar dia mendapat jodoh dengan segera dan doanya dikabulkan.

Menurut Sarah, majikannya adalah orang yang baik walaupun sudah berumur dan mempunyai isteri lain semasa berkahwin.

Kini, Sarah dan suaminya hidup bahagia dan mereka telah membina rumah tangga selama lapan tahun.

Suaminya turut membelikan sebuah kereta dan tiga buah rumah serta tanah untuk Sarah.
Sarah kini merupakan satu-satunya isteri lelaki tersebut selepas suaminya menceraikan isteri pertamanya.
Baca Lagi:
Patutlah on aircond tak sejuk, rupanya ini ‘horse power’ aircond yang betul ikut ruang
Lelaki kongsi pengalaman yang memalukan, dah habis makan baru sedar itu bukan kedai
Suami founder terkenal kantoi ada hubungan sulit dengan 3 orang bibik