Baru kerja 1 hari, balu anak 3 kantoi bawak lari duit jualan kuih raya RM600

Baru kerja 1 hari, balu anak 3 kantoi bawak lari duit jualan kuih raya RM600

Baru kerja 1 hari, balu anak 3 kantoi bawak lari duit jualan kuih raya RM600.

Seorang peniaga membuat laporan polis terhadap pekerjanya yang didakwa melarikan hasil jualan kuih raya lebih dari RM600 bersama beberapa bekas kuih raya.

Menurut mangsa, Syamer Rezz berkata, dia baru saja mengambil suspek yang dikenali sebagai Nadia Zain untuk bekerja di tapak niaganya di Kipmall Bangi dan diberi tanggungjawab untuk menguruskan premisnya itu.

Kira-kira jam 6 petang, Syamer pulang ke rumah dan apabila dia cuba menghubungi Nadia, wanita terbabit langsung tidak membalas mesejnya. Curiga dengan apa yang berlaku, Syamer datang semula ke premisnya dan mendapati pekerjanya tiada di lokasi kejadian.

“Dia ni baru bekerja di tapak niaga saya. Baru hari ini bekerja tetapi dia telah melarikan duit jualan kuih raya saya RM600 lebih. Dia ambil duit sales dan beberapa bekas kuih raya.

“Di bulan baik permulaan hari puasa pertama ini, tergamak dia ambil duit sales vendor saya. Tapak ini, tapak kuih raya peniaga letak-letak kuih raya. Jadi, sales diorang pun ada kat situ.

Suspek 5

“Boleh tengok hanya tinggal sen-sen sahaja duit yang tinggal. Yang lain, semua dia dah larikan. Dia kata dia balu anak tiga, tetapi kenapa perlu curi duit orang?

“Saya datang malam tadi tengok dia dah tinggalkan booth itu dari jam 6 petang selepas saya balik rumah petang semalam. Bila saya datang malam tadi untuk closing, tengok booth tak ada orang dan duit pun dah lesap.

Suspek 4

“Saya cuma nak dia pulangkan balik duit sales itu supaya peniaga saya dapat duit sales diorang semula untuk hari pertama berniaga di bulan puasa ini,” katanya.

Justeru, Syamer meminta mana-mana individu yang mengenali Nadia Zain untuk tampil menyalurkan maklumat dengan menghubunginya di Facebook, Syamer Rezz.

Suspek 7

Menurut satu sumber, suspek didakwa pernah melakukan perbuatan yang sama menyebabkan peniaga takoyaki alami kerugian RM100. Meskipun didesak berkali-kali, suspek enggan mengaku dan akhirnya kes itu terpaksa dilupakan dan tiada tindakan dikenakan terhadap suspek.

Suspek 6

“Ingatkan selepas kami terkena, tak ada sesiapa lagi yang dia berani buat macam tu. Masa duit sales Takoyaki pun hilang RM100 lebih. Tapi bos tak nak ambil tindakan apa-apa. So halalkan saja. Bila ditanya tak nak mengaku. Balu anak tiga? Padahal masih sebumbung dengan suami,” kata sumber.

Baca Lagi:

Penumpang jerit dan menangis, pesawat Malaysia Airlines Kuala lumpur-Tawau tiba-tiba terjunam!

Penjara seumur hidup ditukar hukuman mati buat guru agama rogol 13 pelajar hingga hamil

Lelaki ini sanggup cucuk 90 dos vaksin, ini yang terjadi pada dirinya

CATEGORIES