Baru jadi Menteri, Mat Sabu kena sound dengan Bos Mydin

Baru jadi Menteri, Mat Sabu kena sound dengan Bos Mydin

Baru jadi Menteri, Mat Sabu kena sound dengan Bos Mydin. Mengimport bekalan telur ayam dari negara luar bukan penyelesaian terbaik kepada masalah kekurangan sumber protein itu.

Pengarah Urusan Rangkaian Pasaraya Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, tindakan membawa masuk telur dari negara luar itu disifatkan sebagai tidak masuk akal memandangkan Malaysia adalah pengeksport bersih makanan itu.

Katanya, sekiranya bekalan tidak mencukupi sepatutnya Malaysia menghentikan mengeksport telur ke Singapura dan Hong Kong.

“Jika pihak berkuasa mengatakan kita mengeluarkan telur yang mencukupi untuk pasaran domestik, mana (telurnya)? Peruncit tidak mempunyai bekalan mencukupi,” katanya yang dipetik FMT Bussines.

Baru jadi Menteri, Mat Sabu kena sound dengan Bos Mydin

Ameer berkata demikian bagi mengulas mengenai pengumuman oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu bahawa kerajaan bersetuju mengimport telur ayam dari beberapa sumber luar sebagai langkah jangka pendek untuk memastikan bekalan mencukupi.

Dalam pada itu, Ameer berkata, sekiranya kerajaan memutuskan untuk meneruskan rancangan itu, pihak berkenaan perlu menjelaskan sama ada mana-mana syarikat boleh mengimport telur atau peruncit perlu melalui syarikat yang dilantik.

“Kerajaan juga harus menyediakan senarai negara sumber telur dan senarai pengeluar yang diluluskan dari negara berkenaan. Namun sukar untuk melihat bagaimana langkah mengimport telur ini dapat menyelesaikan masalah.

“Telur mempunyai jangka hayat yang singkat iaitu 21 hari dan tidak boleh dibekukan. Jadi dari aspek logistik, anda perlu mengimportnya dari negara di rantau ini.

“Harga telur paling rendah adalah di Malaysia. Sedozen telur Gred C berharga RM4.92, tetapi di Thailand, ia bersamaan dengan RM7.42, Singapura (RM12.24), Indonesia (RM6.55), Brunei (RM10.15) dan Vietnam (RM5.78).

“Saya tidak nampak bagaimana telur yang diimport mampu dimiliki rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, satu-satunya jenis telur yang terdapat di pasaran dalam kuantiti yang mencukupi ialah telur yang tidak tertakluk kepada kawalan harga, seperti Omega 3 yang boleh mencapai harga 75 sen sebiji.

Dakwanya, kebanyakan perniagaan terpaksa membeli telur jenis itu dan ia menyebabkan harga lebih tinggi di kedai roti dan restoran.

“Perkara paling mudah dilaksanakan adalah kerajaan menarik balik kawalan harga. Walaupun pengeluar menaikkan harga telur sebanyak 10 sen setiap satu, ia masih lebih rendah daripada 75 sen bagi setiap telur Omega 3,” katanya.

Mat Sabu hanya umum langkah import telur, bukan turun harga

Dalam usaha menampung keperluan pasaran tempatan pada harga yang lebih rendah, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan mengimport bekalan telur daripada beberapa negara sumber yang sudah dikenal pasti dengan segera.

Menterinya, Mohamad Sabu, berkata itu antara langkah jangka pendek yang diambil kementeriannya, selain akan memastikan telur ayam yang diterima itu selamat daripada penyakit dan menepati piawaian ditetapkan.

“Inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar, bukan untuk menekan pengusaha industri tempatan, sebaliknya bagi memastikan bekalan dalam negara tidak terputus dan kebajikan rakyat terjaga.

“Keperluan membawa masuk telur ayam dari sumber luar juga akan dikaji semula selepas bekalan tempatan kembali stabil. Segala protokol dan tatacara yang ditetapkan kerajaan perlu dipatuhi tanpa kompromi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam sidang media selepas mesyuarat pertama Kabinet, memaklumkan pihaknya sudah berbincang dengan Mohamad dan akan mengumumkan harga telur ayam yang lebih rendah, hari ini.

Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu berucap pada Seminar UMCEDEL (Hala Tuju Parti Amanah Pasca PRU-14) di Univesiti Malaya, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 12 OKTOBER 2018

Anwar berkata, langkah terbabit diharapkan dapat mengurangkan kebergantungan kepada kartel

Bagaimanapun, dalam kenyataan yang dikeluarkan Mohamad hari ini, langsung tidak menyebut mengenai harga telur ayam yang dijanjikan lebih rendah itu.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, Ketua Setiausaha kementeriannya juga sudah diarah menilai kesan import terhadap industri telur ayam tempatan dan Agrobank akan mengemukakan cadangan bagi membantu pembekal dan pengusaha kecil supaya mereka kekal berdaya saing dalam industri ini.

“Kementerian sentiasa berusaha dengan pelbagai pendekatan bagi menjamin bekalan telur ayam negara kembali stabil dengan harga yang kompetitif. Kementerian yakin isu kekurangan bekalan telur ayam dapat diselesaikan dalam masa terdekat dengan kerjasama pelbagai pihak,” katanya.

Mengulas mengenai penggunaan telur ayam dalam pasaran tempatan, Mohamad berkata, telur ayam adalah makanan harian berprotein yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia dengan kadar purata pengambilan 968 juta biji telur ayam sebulan.

Baca Lagi:
PANAS!!! Sumber dedah MKT Umno putuskan pecat Annuar Musa
Mesyuarat MKT Umno putuskan pecat 3 pemimpin
Peta tahun 1550 ini bukti kehebatan Kesultanan Melayu Melaka
CATEGORIES