“Baru check in hotel tv dah crack, pihak hotel selamba minta ganti rugi”

Photo of author

By Joe

“Baru check in hotel tv dah crack, pihak hotel selamba minta ganti rugi”. Kalau pergi bercuti ke mana-mana, kita pasti akan menginap di sebuah hotel atau Airbnb, bukan?

Biasanya, pihak hotel akan mengenakan deposit kepada semua pelanggan yang akan dipulangkan jika tiada kerosakan berlaku dalam bilik semasa check-out.

Baru-baru ini, tular kes sebuah keluarga yang dituduh merosakkan televisyen (TV) dalam bilik hotel dan dipaksa membayar ganti rugi. Difahamkan, keluarga ini bercuti di sebuah hotel dekat Cherating, Kuantan, Pahang.

"Baru check in hotel tv dah crack, pihak hotel selamba minta ganti rugi"

TV yang rosak memang sudah crack dan tidak boleh digunakan

Menerusi posting yang dimuat naik di Facebook, pasangan suami isteri itu memaklumkan mereka telah check-in di hotel tersebut dan selepas solat, mereka ke pantai dari pukul 5 petang hingga 8 malam sebelum pulang ke bilik.

Selepas mandi, mereka berdua ingin menonton berita di TV, tetapi mendapati TV tersebut telah rosak.

“Kami terus memaklumkan kepada pihak villa, tetapi respon pihak villa seperti yang tertera,” tulis mereka.

“Kami check-out seperti biasa. Pihak vila tidak memeriksa bilik sebelum kami keluar (mungkin tetamu sebelumnya juga berbuat demikian, jadi bagaimana mereka boleh kata kami yang merosakkannya?) dan kami pulangkan deposit seperti biasa.

“Ketika kami dalam perjalanan pulang, barulah mereka memberitahu bahawa TV tersebut telah crack dan meminta kami membayar ganti rugi,” tulis mereka.

"Baru check in hotel tv dah crack, pihak hotel selamba minta ganti rugi"

"Baru check in hotel tv dah crack, pihak hotel selamba minta ganti rugi"

Baca Lagi:
Pemenang pingat emas Olimpik 2024 tidur di taman jadi tanda tanya
Sarawak kini jadi negeri paling kaya dalam Malaysia, jumpa lubuk emas bernilai RM1.25 trilion
“Perniagaan ayah tak menjadi dan bankrup, duit selalu tak cukup, akhirnya mak buka cerita sebenar ayah aku seorang merbahaya!”