Baru bebas 5 minit, lelaki ditangkap semula dengan polis

Photo of author

By Joe

Baru bebas 5 minit, lelaki ditangkap semula dengan polis. Seorang remaja telah ditangkap semula kira-kira lima minit selepas dibebaskan dari penjara di wilayah Udon Thani, mengikut laporan portal berita The Pattaya News semalam.

Remaja berusia 21 tahun itu dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama dua bulan atas kesalahan mencuri.

Namun, suspek bernama Saharat Sananthai ditangkap semula oleh polis Banglamung selepas keluar dari Penjara Min Buri, Bangkok, pada Sabtu lepas.

Baru bebas 5 minit, lelaki ditangkap semula dengan polis

Polis menyatakan Saharat ditangkap kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes pencurian yang berlaku sejak 13 Mei tahun ini.

Dia dituduh menyamar sebagai pegawai dari yayasan amal yang terkenal untuk mendapatkan akses kepada kotak derma di pelbagai tempat seperti hospital, pusat beli-belah, hotel, dan lapangan terbang di Chonburi.

Remaja tersebut didakwa menggunakan dokumen palsu untuk menipu kakitangan dan membuka kotak derma tersebut untuk mencuri wang.

Baca Lagi:
“Mak mentua tuduh aku mencuri sebab aku orang baru dalam keluarga, makcik siap ugut nak bawa jumpa bomoh kalau aku tak mengaku”
Ramai yang tak tahu fungsi sebenar butang ini, rupanya boleh sejukkan kereta dengan cepat ketika waktu panas
Tok bilal selamba naik RXZ harga RM600