Baru 1 minggu sampai Malaysia, kereta GR Yaris Kansai ‘total lost’, ini penjelasan Pekin Ibrahim

Photo of author

By Joe

Baru 1 minggu sampai Malaysia, kereta GR Yaris Kansai ‘total lost’, ini penjelasan Pekin Ibrahim. Pada hujung minggu baru-baru ini scene automotif Malaysia dikejutkan dengan berita insiden kemalangan membabitkan sebuah GR Yaris Kansai D1 Edition.

Kereta itu merupakan milik pelakon dan pengarah berbakat, Pekin Ibrahim. Menerusi vlog yang dikongikan di YouTube, kereta tersebut baru sahaja sampai Malaysia kira-kira satu minggu yang lalu.

Menerusi video terbaharu yang dimuat naik oleh Pekin, semasa insiden itu berlaku kereta itu dipandu oleh rakannya yang dalam perjalanan pulang dari kedai makan.

Baru 1 minggu sampai Malaysia, kereta GR Yaris Kansai 'total lost', ini penjelasan Pekin Ibrahim

Punca kemalangan masih tidak diketahui kerana insiden itu berlaku sekelip mata. Bagaimanapun Pekin berasa syukur kerana tiga orang rakan yang berada di dalam kereta tersebut selamat.

Difahamkan salah seorang rakannya mengalami bahu patah, manakala dua lagi masih mendapat pemeriksaan lebih lanjut.

“Benda ini aturan Allah S.W.T, mereka (rakan-rakan yang terlibat kemalangan) masih hidup sudah cukup buat saya rasa bersyukur alhamdulilah.
“Kepada semua pemandu di luar sana, sila berhati-hati di jalan raya,” ujar Pekin dalam video penjelasan yang dikongsinya.

Anda boleh dengar penjelasan penuh daripada Pekin menerusi video YouTube di bawah.

Semoga Pekin dan pasukan kembali bersemangat semula dan comeback untuk mencipta jentera-jentera dengan kerjasama tuner dari Jepun pada masa akan datang.

Baca Lagi:
Lelaki Bangladesh maut sembunyi dalam mesin pengisar ketika serbuan Jabatan Imigresen Malaysia
Cara nak tahu nilai kekayaan sebuah syarikat, ini 9 syarikat paling kaya di Malaysia berjaya didedah
“Dia minta buka mulut dan masukkan air liur dia ke dalam mulut saya.”, anak tiri Mona Fendy dedah kisah kali pertama jumpa dengan Mona & Affendi