Bapa sanggup bayar RM100k untuk anak bermain bola 10 minit dengan kelab Eropah. Kasih seorang bapa sanggup membayar ratusan ribu ringgit kepada sebuah kelab di Republik Czech agar anaknya dapat bermain bola selama 10 minit.
Kelab di tier ketiga Republik Czech, FK Usti nad Labem yang kini berada ditangga ke-6 liga bakal menurunkan Martin Podhajsky, seorang lepasan jurusan undang-undang dan pekerja untuk Viagem, syarikat hartanah yang merupakan milik presiden kelab iaitu Pemysl Kuban.
Martin Podhajsky sebelum ini tidak pernah bermain sebarang aksi bola sepak profesional malah hanya mempunyai pengalaman dalam permainan video FIFA sahaja menurut Sport Bible.
Nama beliau bagaimanapun sudah didaftarkan dan aksi 10 minit tersebut akan dijadikan pendedahan awal kepadanya sebelum melakukan debut dalam arena bola sepak pada musim bunga nanti.
Bapanya sanggup membayar hampir RM 101,528 kepada kelab tersebut dan wang itu akan didaftarkan sebagai wang tajaan kepada kelab.
βDia tidak pernah bermain bola sepak selain permainan video FIFA setahu saya. Namun wang sebanyak itu tidak jatuh bergolek setiap hari. Jika ada yang sanggup memberikan wang sebesar ini kepada saya, saya akan benarkan mereka bermain.β ujar presiden kelab tersebut.
π ππππ ππ’π‘π: A 22-year-old student, who’s never played football before, has been signed by third tier Czech club FK Usti nad Labem.
He’s set to play in a match for the team, thanks to his father’s payment of 500,000 Koruna [Β£17,500] in exchange for 10 minutes of playingβ¦ pic.twitter.com/ZhQBJlXtYV
β Transfer News Live (@DeadlineDayLive) September 15, 2023
Martin Podhajsky dijangka bakal menggantikan kapten pasukan, Jakub Mares untuk beraksi selama 10 minit.
Lebih menarik, penyokong kelab tersebut bersetuju dengan tindakan kelab berdasarkan undian yang dibuat dimana 63% menyokong dan merasakan itu situasi menang-menang buat kedua-dua pihak.