Bapa maut, anak cedera parah dirempuh lori ketika sedang menukar tayar kereta

Bapa maut, anak cedera parah dirempuh lori ketika sedang menukar tayar kereta

Bapa maut, anak cedera parah dirempuh lori ketika sedang menukar tayar kereta. Seorang kontraktor maut manakala anaknya parah selepas dirempuh sebuah lori ketika sedang menukar tayar kereta di Kilometer 179.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan) di Jasin, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa, Khaidzir Zainuddin, 59, disahkan meninggal dunia di lokasi. Anaknya, Muhammad Ashraf, 22, mengalami patah tulang rusuk dan dikejarkan ke Hospital Tangkak, Johor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, sebelum kejadian dua beranak itu yang menaiki kereta jenis Mercedes Benz dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pengerang, Johor.

Jelasnya, bagaimanapun tayar kereta tersebut tiba-tiba pancit dan mangsa telah berhenti di tepi jalan sebelah kiri untuk menukar tayar.

Bapa maut, anak cedera parah dirempuh lori ketika sedang menukar tayar kereta

“Sebuah lori tunda turut berhenti bagi membantu mangsa dan dua lagi kenderaan peronda Plus berhenti di hadapan kereta Mercedes Benz berkenaan.
“Setelah kerja-kerja menukar tayar selesai dan mangsa sedang berkemas, tiba-tiba datang sebuah lori Nissan Hicom dari arah belakang melanggar lori tunda berkenaan, menyebabkan ia terlajak dan melanggar dua beranak itu yang sedang berada di bonet kereta mereka,” katanya.

Ujarnya, akibat kemalangan itu, dua beranak itu telah tercampak ke tepi lebuh raya, manakala pemandu lori tunda terbabit mengalami kecederaan di bahagian muka selepas dikatakan terperosok di bawah lori berkenaan.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasat, manakala pemandu lori tunda terbabit dibawa ke Hospital Tangkak untuk rawatan lanjut.

“Pemandu lori Nissan Hicom berusia 37 tahun telah ditahan untuk ujian air kencing dan sampel darah bagi mengesan kandungan dadah serta alkohol dalam darah,”katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, satu nahas membabitkan sebuah bas ekspres dan treler turut berlaku di kilometer sama, namun di laluan menuju arah utara pada pukul 3.55 awal pagi tadi.

Seramai 16 daripada 27 penumpang warga Singapura dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Baca Lagi:
Bukan sahaja Anwar, Ismail Sabri pernah tolak guna kereta kalis peluru kerajaan
Pegawai Muhyiddin dedah perkara sebenar kenapa Agong tolak jadi Perdana Menteri ke 10
‘Shuib ada ciri lelaki idaman saya’
CATEGORIES