Bapa letak bayi di lantai pam minyak ketika tuang minyak undang perbagai reaksi netizen
Bapa letak bayi di lantai pam minyak ketika tuang minyak undang perbagai reaksi netizen. Keselamatan anak sememangnya paling utama lebih-lebih lagi jika menaiki kenderaan. Mana tidaknya, mereka yang masih kecil sepatutnya diberi perhatian kerana belum pandai untuk mengelak andai apa-apa berlaku secara tiba-tiba.
Ayah bawa anak2 naik motor
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Sueraya El yang merakam dan memuat naik video seorang bayi yang diletakkan di lantai pam minyak sementara bapa sedang menuang minyak.
Mereka yang menaiki motosikal bersama bayi dan seorang anak telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata bertanggapan positif ke atas momen tersebut.
@gurl177 Bukan senang nk sekarang #fyp ♬ original sound – SUERAYA EL
Semoga yang baik2 untuk mereka
Selain daripada tindakan mereka yang meletakkan bayi di lantai, barangan yang disangkut di tempat pemegang motosikal turut menjadi perhatian apabila dilihat penuh dengan keperluan anak.
Sudah tentu ia membuatkan warganet berasa sayu dan ada di antara mereka memahami situasi pasangan tersebut yang bukan dalam golongan berada.