Bapa ini daftar anak KWSP seawal usia 14 tahun untuk simpan duit, tak perlu tunggu kerja

kwsp 2 03 51 251277 768x432 1 e1648697171256

Bapa ini daftar anak KWSP seawal usia 14 tahun untuk simpan duit, tak perlu tunggu kerja.

Selalunya bila sebut sahaja mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pasti kita tahu bahawa bila sudah bekerja sahaja boleh mendaftar sebagai ahli. Rupa-rupanya, untuk anda yang masih belum bekerja pun boleh sahaja mendaftar sebagai ahli sebagai tujuan ingin menyimpan wang.

Seperti perkongsian dari seorang ayah ini di laman Facebooknya, mendaftarkan anak-anaknya yang berusia 14 dan 15 tahun dalam KWSP supaya dapat menyimpan wang untuk masa hadapan.

Screenshot 2022 03 30 at 11.24.13 AM

Dua orang anak saya yang sulung dan no.2, kedua-duanya masih sekolah menengah telah pun mendaftar sebagai ahli KWSP pada tahun lepas (24 Disember 2021).

Ramai yang tak tahu, seawal umur 14 tahun sebenarnya sudah boleh menjadi ahli KWSP dan tidak perlu tunggu apabila mula bekerja. Pendaftaran pula boleh dibuat di kios KWSP sahaja, tidak perlu ke kaunter.

Screenshot 2022 03 30 at 11.25.31 AM

1.Selepas daftar, perkara pertama yang saya suruh anak buat ialah daftar akaun online KWSP (i-Akaun) di kios yang sama.

2.Kedua, daftar akaun Simpanan Shariah menggunakan i-Akaun.

3.Ketiga, saya daftarkan caruman i-Saraan.

Alhamdulillah, akaun anak-anak saya telah pun ditukar ke akaun Simpanan Shariah berkuat kuasa 1 Jan. 2022.

I-SARAAN CARUMAN SUKARELA, DAPAT DIVIDEN SETIAP TAHUN

Screenshot 2022 03 30 at 11.26.33 AM

i-Saraan pula adalah caruman secara sukarela. Disamping dapat menyimpan pada usia muda dan dapat dividen setiap tahun, kerajaan juga telah memperuntukkan insentif sebanyak 15% (jumlah insentif maksimum RM250 setahun).

Bayaran caruman i-Saraan secara online saya buat melalui Bank Islam. Sebagai ahli KWSP juga akan mendapat manfaat kematian RM2500.

Mungkin ada yang bertanya, kalau sekadar nak menyimpan, boleh sahaja buka akaun bank atau tabung haji. Berdasarkan pengalaman saya, simpanan anak-anak dalam Tabung Haji, akhirnya ayahnya juga yang guna. Sekian!

CARA DAFTAR I-SARAAN KWSP

Screenshot 2022 03 30 at 11.30.08 AM

1.Pastikan anda bawa bersama mykad untuk tujuan rekod dan pengesahan oleh pegawai bertugas

2.Sila isi borang i saraan kwsp 16G(M) untuk juga pendaftaran kwsp kali pertama

3.Isi isi borang KWSP 6A (2) untuk tujuan bayaran caruman

4.Tiada had minimum bayaran caruman kwsp di bawah program isaraan ini

5.Tetapi untuk bayaran maksimum tidak boleh lebih RM60,000

*Duit simpanan ini boleh dikeluarkan lebih awal tapi ikut jenis pengeluaran yang dibenarkan seperti pendidikan, kesihatan, beli rumah dari Akaun 2.

Sumber

Baca Lagi:

1 Malaysia kena tipu, wanita ini dedah kisah sebenar pelajar kena maki dengan prof

Demi cinta, artis terkenal cium ketiak teman kekasih depan orang ramai

Rumah agam David Beckham bernilai RM221 juta diceroboh individu bertopeng

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *