Bapa anak satu cuba goda doktor cantik, siap bagi alasan bini dekat rumah macam makcik, sekali ini yang jadi..

Bapa anak satu cuba goda doktor cantik, siap bagi alasan bini dekat rumah macam makcik, sekali ini yang jadi..

Bapa anak satu cuba goda doktor cantik, siap bagi alasan bini dekat rumah macam makcik, sekali ini yang jadi… TOPIK ‘lelaki tak pernah cukup satu’ terus hangat diperkatakan sejak kes rumah tangga membabitkan pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Ira Kazar.

Malah ada lelaki yang tergamak menghina isteri sendiri di hadapan wanita lain untuk ‘pasang dua’.

Tindakan itu sebagai ‘umpan’ untuk menawan hati wanita yang dianggapnya jauh lebih cantik daripada isterinya.

Menerusi satu perbualan di aplikasi WhatsApp yang tular, seorang wanita dilihat terpaksa berdepan dengan taktik lelaki ‘hidung belang’.

Bapa anak satu cuba goda doktor cantik, siap bagi alasan bini dekat rumah macam makcik, sekali ini yang jadi..

Menerusi perbualan WhatsApp, lelaki berkenaan mengaku dirinya bapa kepada seorang cahaya mata.

“Aku memang sayang kau sangat Suraya. You baik, suka membantu, bijak. Cantik, memang sangat cantik.
“Bini aku beranak satu pun dah macam acik-acik aku tengok. Dia kena belajar macam mana cantik macam you. Padahal dia muda dari you.
“Bini aku tak reti jaga diri. Aku tengok perempuan cantik tahu nak marah. Aku kahwin dengan kau je lah,” katanya lelaki itu.

Terkejut dengan pengakuan ‘berani mati’ itu, wanita yang dikenali sebagai Dr Suraya ini melabelkan suami orang yang cuba memikatnya sebagai ‘jantan tak guna’.

Bukan setakat itu, dia juga tampil dengan hujah-hujah bagi membidas segala penghinaan lelaki berkenaan terhadap isterinya dalam usaha untuk berkahwin lain.

“Aku cantik sebab aku tak ada laki (suami). Perempuan ni nak jadi hodoh senang je. Cukup dia jumpa jantan tak guna macam kau.

“Anak tu makin lama makin pandai. Jantan tak guna apabila jadi laki, makin tua makin terencat!” katanya dengan nada kesal.

Menurut Dr Suraya lagi, isteri lelaki berkenaan juga boleh jadi cantik dan berpenampilan menarik sepertinya sekiranya mendapat ‘modal’ daripada si suami.

“Skincare aku je lebih RM400 sebulan. Suplemen aku jangan tanya la. Belum lagi masa aku rajin pergi dance studio. Ada masa untuk gim, personal trainer dan dietician.

“Sekarang aku tanya, kau bagi duit belanja kat bini kau berapa? Bukan duit dapur tau, tapi duit untuk dia jaga diri dia. Berapa?

“Kalau setakat bagi RM200 hingga RM300, lepas tu mengadu bini tak lawa, itu bukan salah dia. Salah kau yang tak sedar diri. Ukur baju di badan sendiri la,” katanya yang kemudian menyekat (block) lelaki berkenaan di WhatsApp.

Tangkap layar mesej tersebut menjadi tular di pelbagai platform media sosial.

Bapa anak satu cuba goda doktor cantik, siap bagi alasan bini dekat rumah macam makcik, sekali ini yang jadi..

Tindakan lelaki itu membangkitkan kemarahan netizen, dan pada masa sama berpihak kepada Dr Suraya kerana kelantangannya bersuara dan menjaga maruah wanita.

“Jantan tak sedar diri, padahal kalau bini dia tu bujang, memang tersangat boleh lawa. Ini semua kerja rumah bini buat, duit pun entah berapa dia bagi atau tak bagi, dia sedap je fikir nafsu.

“Come on ladies! Kalau terkena jantan macam ni, mesej anda… balas macam ni juga! Wanita sokong wanita. Well done Suraya!

“Suka sangat dengan wanita empowered macam Dr ni. Tak letakkan diri di tempat rendah macam perempuan lain yang kemaruk suami orang (lelaki itu pula jenis gagal cantikkan bini sendiri, pancing ayat nak pasang lain, sebab nak perangkap mangsa seterusnya).

“Mujur ada yang pandai berfikir macam ni. Ada jenis orang tak pandai berfikir panjang. Pandai menyondol je,” demikian antara komen netizen.

Baca Lagi:
10 tahun tinggal di Malaysia, warga Nigeria saman kerajaan RM4 juta
Murid darjah 3 saman guru KAFA sebanyak RM410,000
Kedai emas kantoi curi ‘gelung gelang’, customer bijak siap kira dulu sebelum hantar potong
CATEGORIES