Banyak sangat kes orang hilang, ini 5 cara mudah nak pantau keselamatan orang tersayang melalui telefon

Photo of author

By Joe

Banyak sangat kes orang hilang, ini 5 cara mudah nak pantau keselamatan orang tersayang melalui telefon. Dengan kemajuan teknologi terkini, kita kini dapat memantau keselamatan dan keberadaan orang tersayang dari masa ke masa.

Sebagai contoh, jika anda ingin memantau ibu bapa yang berumur, anda hanya perlu klik menggunakan telefon pintar.

Teknologi masa kini memang canggih dan sangat berguna untuk semua lapisan masyarakat.

Banyak sangat kes orang hilang, ini 5 cara mudah nak pantau keselamatan orang tersayang melalui telefon

Berikut adalah cara untuk menjejaki lokasi orang tersayang:

1. WhatsApp

WhatsApp adalah platform komunikasi yang menyediakan perkhidmatan pengesanan lokasi. Cara menggunakan fungsi ini sangat mudah!

1. Mulakan perbualan dengan rakan/ keluarga yang ingin korang kongsi lokasi.
2. Tekan butang tambah dan pilih location.
3. Tekan share live location dan pilih jangka masa.

Banyak sangat kes orang hilang, ini 5 cara mudah nak pantau keselamatan orang tersayang melalui telefon

2. Google Maps

Google Maps bukan saja berguna untuk memberikan panduan berasaskan arah dan jalan. Korang juga boleh kongsi lokasi semasa bersama rakan-rakan.

1. Buka Google Maps.
2. Tekan gambar profil korang di atas kanan skrin.
3. Tekan ‘location sharing’ dan ‘share location’.
4. Tetapkan masa dan tekan share.

Banyak sangat kes orang hilang, ini 5 cara mudah nak pantau keselamatan orang tersayang melalui telefon

3. Snapchat

Snapchat adalah aplikasi media sosial yang membolehkan pengguna berkongsi video atau gambar dengan kenalan. Selain itu, Snapchat juga menyediakan fungsi pengesanan lokasi.

1. Buka aplikasi Snapchat.
2. Tekan ikon peta di bawah kiri skrin.
3. Lihat kenalan yang berkongsi lokasi di peta.

Banyak sangat kes orang hilang, ini 5 cara mudah nak pantau keselamatan orang tersayang melalui telefon

4. Find My (untuk pengguna produk Apple)

Untuk pengguna produk Apple seperti iPhone, iPad dan Apple Watch, korang boleh gunakan aplikasi Find My untuk kesan lokasi rakan atau keluarga yang menggunakan produk Apple juga.

Bukan setakat itu, korang juga boleh kesan lokasi peranti lain yang didaftarkan dalam icloud yang sama. Caranya mudah juga!

1. Buka aplikasi Find My.
2. Pilih ‘people’ dan tekan ‘start sharing location’.
3. Pilih kenalan korang dan tetapkan tempoh perkongsian lokasi sebelum tekan share.

Banyak sangat kes orang hilang, ini 5 cara mudah nak pantau keselamatan orang tersayang melalui telefon

5. Life360

Life360 merupakan satu aplikasi khusus untuk mengesan lokasi. Korang boleh kumpulkan semua ahli keluarga dalam kumpulan yang dikenali sebagai Circle.

1. Buat circle baru dalam aplikasi.
2. Berikan kod kumpulan kepada ahli keluarga yang ingin kongsi lokasi.

Banyak sangat kes orang hilang, ini 5 cara mudah nak pantau keselamatan orang tersayang melalui telefon

Haa, lepas ni boleh turn on location sharing tu untuk keselamatan masing-masing!

Baca Lagi:
Rupanya dah banyak restoran buat, ini cara cuci minyak masak terpakai jadi jernih semula
‘Walaun’ sebar berita palsu di FB kena kompaun RM25,000
Penyu paling besar di dunia terdampar di Tanjung Pelindung