‘Banyak gambar bekas pemimpin UMNO hilang semasa Konvensyen Kerajaan Perpaduan’

Photo of author

By Joe

‘Banyak gambar bekas pemimpin UMNO hilang semasa Konvensyen Kerajaan Perpaduan’. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) minggu lalu sebagai janggal.

Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata, satu penjelasan kepada akar umbi parti mengenai hubungan yang wujud dalam kerajaan yang turut disertai UMNO perlu diberikan agar mereka memahami situasi sebenar.

'Banyak gambar bekas pemimpin UMNO hilang semasa Konvensyen Kerajaan Perpaduan'

“Saya faham konvensyen itu diperlukan kerana beberapa gabungan parti mesti disatukan untuk kestabilan politik negara dan kerajaan.
“Tetapi saya lihat sendiri ada beberapa perkara yang agak janggal apabila ia diadakan di Dewan Merdeka, iaitu rumah UMNO sendiri. Apabila gambar-gambar bekas pemimpin kita (UMNO) yang telah banyak berkorban untuk perjuangan parti ‘dihilangkan’ dalam Dewan Merdeka semasa konvensyen, saya rasa ia tidak kena.
“Penjelasan kepada akar umbi berhubung kait dengan hubungan yang wujud sekarang perlu dijelaskan,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram pada Ahad.

'Banyak gambar bekas pemimpin UMNO hilang semasa Konvensyen Kerajaan Perpaduan'

Sebelum ini media melaporkan, perhimpunan di Dewan Merdeka WTCKL pada 14 Mei lalu mencipta sejarah politik tanah air apabila parti keramat orang Melayu itu mengumumkan bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) pada 24 November 2022.

Gabungan itu menyaksikan pembentukan Kerajaan Perpaduan yang diketuai Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim di samping dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Presiden UMNO) dan Datuk Seri Fadillah Yusof (Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu).

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilihat turut menyokong kenyataan Ahli Parlimen Sembrong itu menerusi komen yang ditinggalkan pada video berkenaan.

“Good statement (kenyataan yang baik),” tulisnya ringkas di ruangan komen.

Baca Lagi:
Lelaki tertidur lepas rogol penjawat awam di kuarters kerajaan
Meninggal di kampung masa raya, wanita terkejut ‘housemate’ datang jenguk rumah sewa, sekali ini yang terjadi
Zizie Izette kembali lagi tayang ‘body’ hasil workout tarik perhatian warganet