“Banyak betul duit dia”, Siapa sebenarnya Ping Yang? Mesti ini yang terdetik bila mana tengok video beliau berbagi bagi iPhone atau wang. Ramai sebenarnya masih tak tahu siapa beliau.
Baru baru ini beliau ada dijemput ke podcast ‘Apa Cerita?’, jadi inilah ringkasan 2 jam siri podcast tersebut.
Pinn Yang yang berusia 31 tahun ini merupakan CEO kepada rangkaian Good Foodie Media. Apa Good Foodie Media ni?
Good Foodie Media ini adalah pemilik kepada semua jenama platform foodie di belakangnya. Penang Foodie, KL Foodie, Johor Foodie, Halal Foodie dan segala Foodie lah! Mereka dah kembangkan sayap mereka ke Jakarta dan Bangkok.
Permulaan hidup beliau tidaklah sesenang sekarang. Setelah pulang dari Jepun, keluarga mereka tinggal di sebuah flat di Penang.
Ayah cuba menjual Nasi Ayam Hainan, namun tidak berjaya. Ayah beliau berniaga pelbagai jenis barang selepas itu. Multi Tools, lepas tu jual kuali. Dari sini Pinn Yang kutip pengalaman beliau dalam dunia perniagaan dan marketing.
Pinn Yang internship dekat Tencent. Dia diberikan tugas dalam bidang makanan, foodie. Sebab semasa itu Wechat, di bawah gergasi Tencent cuba membina food discovery punya aplikasi.
Jadi beliau baca segala data dari Tencent berkenaan dengan Foodie ni. Dari sini beliau dapat ilham dan membaca trend masyarakat kita tentang foodie ni.
Semasa rakan sebaya sedang berfoya foya dan bersuka ria, beliau mengambil keputusan untuk memikirkan idea untuk mencari side hustle. Dan masa ini juga beliau membeli domain penang foodie dan segala foodie ni. Beliau ada visi yang jauh dalam bidang ini. Jadi dia reserve domain terlebih dahulu.
Selepas bekerja dengan Tencent, beliau kembali ke Penang dan bekerja dengan salah sebuah Digital Marketing Agency. Di sini juga Pinn Yang membina Penang Foodie bersama teman wanita dan adiknya, secara part time.
Full time bekerja dengan agensi, waktu luar kerja part time bangunkan Penang Foodie.
Pada awalnya beliau fokuskan kepada penulisan atau Food Blog. Dari sini, beliau menjana keuntungan dari Google AdSense. Awalnya, beliau cuma menyasarkan pendapatnya sekadar dapat menanggung duit makannnya sahaja tiap hari. Namun, lama kelamaan dapat menjana sehingga 100 USD sehari.
Beliau teliti trend terkini. Ketika itu zaman video mula naik. Jadi mereka mula mengfokuskan kepada video dan menjadi punca kepada kejayaan platform mereka sehingga hari ini.
Mereka mula untuk mengambil client dengan kadar caj RM 50 sehari. Lama kelamaan, caj tersebut semakin naik sehingga 3-4 angka. Mereka mula melebarkan ke Kuala Lumpur dan Johor selepas mendapat pelaburan dari ‘angel investor’, yang juga merupakan salah satu client mereka.
Dari company value 2 juta semasa zaman angel investor, sehingga menjadi 14 juta dan dianggarkan oleh beliau sudah mencecah 100 juta buat masa sekarang.
Selepas bertukar status kepada Sdn Bhd suatu ketika dahulu, revenue mereka adalah berjumlah 1.9 juta. Selepas dari 5 tahun, mereka berjaya memperoleh 20 juta dalam setahun. Sekarang mereka sudah mempunyai 70 editor sepenuh masa di bawah Good Foodie Media.
Kalau korang nak tahu, Byran Loo, pemilik TeaLive juga merupakan salah satu pelabur mereka dan telah membeli pegangan saham Good Foodie Media.
Sekarang mereka mulakan mengembangkan kepada sektor baru iaitu Travel Rookie dan Car Buddie.
Asyraf Khaled, host Apa Cerita ada cakap yang wallpaper Pinn Yang dihiasi dengan misi dan visi beliau. Selalunya kita letak gambar, Pinn Yang letak notes apa yang beliau nak capai lagi pada masa akan datang!
Antara nasihat beliau kepada sesiapa yang baru hendak bermula dalam bisnes adalah:
1. Cari co-founder yang mempunyai misi dan visi sama dengan anda. Lebih kurang macam nak laju gerak solo, nak jauh bergerak bersama.
2. Jangan jadikan modal sebagai alasan. Mula apa yang ada dengan kita dahulu. Beliau memulakan perniagaan dengan modal RM 500 sahaja.
3. Fokus pada content dan pengisian yang bagus. Follower akan datang dengan perlahan-lahan. Jangan mudah give up.
Diharap kisah ini sedikit sebanyak dapat memberikan inspirasi dan semangat kepada anda yang membaca.