Banyak bangunan besar guna pintu berpusing, rupanya ini sebab yang ramai tak tahu

Banyak bangunan besar guna pintu berpusing, rupanya ini sebab yang ramai tak tahu

Banyak bangunan besar guna pintu berpusing, rupanya ini sebab yang ramai tak tahu. Umum mengetahui pintu adalah satu ruangan yang menghubungkan antara dua laluan atau kawasan yang berbeza. Sekiranya, tiada pintu bagaimana hendak keluar kan?

Sebut sahaja pintu, terdapat pelbagai jenis dan bentuk pintu yang boleh diletakkan di rumah dan bangunan-bangunan.

Pernahkah anda terfikir mengapa kebanyakan pintu di bangunan besar menggunakan pintu jenis berpusing atau revolving door?

Banyak bangunan besar guna pintu berpusing, rupanya ini sebab yang ramai tak tahu

Kenapa tidak menggunakan automatic door atau pintu biasa? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian di bawah.

Pintu Berpusing Atau Revolving Door

Pintu berpusing atau Revolving Door telah dicipta buat pertama kali oleh seorang lelaki, Theophilus van Kannel dari Philadelphia, Pennsylvania pada tahun 1888.

Pintu ini diciptakan kerana mempunyai banyak kelebihan berbanding pintu biasa yang menggunakan engsel.

Antaranya termasuklah sangat menjimatkan tenaga, mengehadkan jumlah udara yang keluar dari bangunan dan membantu menjimatkan kos HVAC.

Haa menarik bukan? Jom, ketahui dengan lebih mendalam mengenai pintu unik ini di bawah.

Laluan Keluar Masuk Diperluas

Bangunan besar sudah tentunya menampung ramai pekerja dan dipenuhi dengan suasana sibuk.

Sekiranya pintu tradisional (pintu normal) digunakan, ia hanya mampu memuatkan satu orang untuk keluar masuk bangunan pada satu-satu masa.

Oleh itu, keluasan dan saiz pintu juga memainkan peranan penting bagi menampung jumlah kakitangan atau orang awam di sesebuah bangunan itu.

Pintu berpusing ini mampu memuatkan empat hingga lima orang keluar atau masuk pada masa yang sama. Penambahbaikan ini sangat ketara dan menjadi salah satu sebab mengapa ia lebih praktikal di bangunan yang besar.

Mengurangkan Bunyi Luar

Seperti yang kita tahu, sebahagian besar bangunan terletak di kawasan bandar. Sudah tentu, bunyi bising kenderaan tidak lari daripada persekitaran kita.

Pintu berpusing ini juga direka khas untuk melindungi bangunan daripada pencemaran bunyi (kedap bunyi).

Revolving Door terdiri daripada tiga atau empat panel berputar pada aci. Oleh itu, pintu sentiasa ditutup walaupun sedang bergerak (berpusing) dalam usaha menghalang bunyi dari luar masuk.

Kebiasaannya, pintu diperbuat daripada kaca kalis bunyi yang juga berfungsi mengurangkan bunyi luar.

Sesuai Untuk Iklim Sejuk

Mungkin anda tertanya-tanya mengapa ia sesuai untuk iklim sejuk?

Jawapannya adalah reka bentuk pintu berpusing yang inovatif tidak membenarkan sebarang udara masuk ke dalam bangunan.

Oleh itu, ia dapat mengawal suhu di dalam bangunan dengan baik.

Keselamatan

Sesetengah pintu berputar ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti pengesan logam dan pengesan sinaran.

Sehubungan itu, pintu akan segera dikunci atau penggera dibunyikan jika mengesan senjata api, sebarang senjata lain, mengesan sinaran dan asap kebakaran.

Selain itu, panel kaca juga bertindak sebagai sistem keselamatan kerana ia dapat melihat sesiapa yang masuk dan keluar dengan jelas pada setiap masa.

Perkara ini secara tidak langsung akan dapat mengurangkan potensi kecurian atau sebarang ancaman.

Tiada Bunyi Pintu Terhempas

Jika dibandingkan dengan pintu biasa, ia akan mudah mengeluarkan bunyi pintu dihempas angin.

Sudah tentu perkara ini boleh menganggu persekitaran pekerjaan dan tidak menyenangkan banyak pihak.

Namun, pintu berputar ini hanya akan berpusing pada kedudukannya tanpa memerlukan halangan (selak) untuk menghalang pergerakan pintu.

Oleh itu, pintu ini sangat sesuai digunakan di tempat kerja atau mana-mana suasana yang tenang dan penting.

Mudah Diselenggara

Untuk pengetahuan, pintu berpusing ini tidak memerlukan banyak penyelenggaraan dan hampir tiada. Hal ini kerana kaca yang digunakan adalah kukuh serta ruang silinder yang diputarkan oleh panel.

Bukan itu sahaja proses pembersihan juga sangat mudah kerana tiada objek yang menghalang kaca. Kebiasaannya, penyelenggaraan yang perlu dilakukan hanya melibatkan kunci dan pemegang bingkai.

Mesra Orang Kurang Upaya (OKU)

Bukan sahaja mempunyai pelbagai manfaat, pintu ini juga mesra bagi pengguna Orang Upaya (OKU).

Hal ini kerana golongan OKU juga tidak perlu bersusah payah untuk menolak tombol pintu kerana tiada pemegang. Sebaliknya hanya perlu menolak dan masuk perlahan-lahan tanpa sebarang perbuatan yang sukar.

Ruangnya yang besar juga lebih memudahkan pergerakan mereka yang menggunakan kerusi roda untuk keluar masuk bangunan dengan selesa.

Pintu Kecemasan

Pintu pusingan juga dapat berfungsi sebagai pintu kecemasan disebabkan ruangnya yang besar. Pintu ini dapat memuatkan ramai orang dalam satu-satu masa sekiranya berlaku kecemasan.

Oleh itu, ia dapat meningkatkan jaminan nyawa orang yang berada di dalam bangunan tersebut.

Ruang yang luas membolehkan beg atau bagasi dibawa bersama. Beberapa pintu ini juga sebenarnya mudah untuk ditanggalkan jika berlaku kecemasan dan menjadikan ia jauh lebih efisien berbanding pintu berengsel biasa.

Kesimpulannya, pintu berpusing mempunyai banyak kelebihannya.

Baca Lagi:
Anak sulung Siti Nurhaliza upload ‘kod rahsia’ di Tiktok jadi perhatian orang ramai
Polis membunuh kerana cemburu, kisah pembunuhan kejam Along Spoon yang generasi sekarang ramai tak tahu
2 gadis melancong ke Korea nak cuba makanan popular bernama Dakbal, lepas habis makan terkejut bekas sebelah ada kepala babi
CATEGORIES