Bantuan Raya sebanyak RM1,000 kepada penjawat awam di Kelantan-MB

Bantuan Raya sebanyak RM1,000 kepada penjawat awam di Kelantan-MB

Bantuan Raya sebanyak RM1,000 kepada penjawat awam di Kelantan-MB

Kerajaan negeri Kelantan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri juga meluluskan bantuan sebanyak RM500 kepada penghulu mukim, penghulu tanpa mukim Parlimen termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN), pegawai dan guru Halaqat, Ahli Majlis, Penyelaras Teknologi Maklumat DUN serta Penyelaras Armalah.

Menurutnya, selain itu, bantuan sebanyak RM250 turut diberikan kepada guru al-Quran, guru fardu ain dan guru Pusat Pembangunan Wanita Kelantan.

“Setiap guru pondok di Kelantan juga akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500. Bantuan ini akan disalurkan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri turut bersetuju mengisytiharkan 5 Mei sebagai Hari Pelepasan Am atau Cuti Peristiwa bagi negeri Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baca Lagi:

Kes basikal lajak : Saksi tampil dedah perkara sebenar yang berlaku, ramai yang tertipu

Isteri meraung mohon ampun setelah ditangkap curang ketika suami solat terawih

Panas!! Abang Qu dedah dirinya hanya berlakon sebagai PA DSV, tiada surat perjanjian kerja

CATEGORIES