Bantuan E-Wallet khas untuk rakyat Malaysia RM200

Bantuan E-Wallet khas untuk rakyat Malaysia RM200

Bantuan E-Wallet khas untuk rakyat Malaysia RM200. Terbaru bantuan kepada rakyat Malaysia, Kerajaan telah mengumumkan bantuan khusus kepada rakyat Malaysia bagi membantu meringankan beban dan menghadapi kemelesetan ekonomi yang kini sedang meruncing.

Melalui bajet 2023, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan dana bagi membantu golongan belia mengikut kategori dengan melaksanakan bantuan e wallet RM 200. Bantuan ini dijangka dapat membantu mereka yang memerlukan pertolongan daripada kerajaan.

Ini adalah merupakan inisiatif kerajaan bagi memberi sokongan dari segi kewangan. Untuk mengetahui lebih lanjut sila rujuk di bawah.

Bantuan E-Wallet khas untuk rakyat Malaysia RM200

Apakah Itu Bantuan E-wallet RM200 Yang Diperkenalkan?

Bantuan e wallet adalah merupakan bantuan daripada kerajaan dalam usaha untuk memupuk masyarakat Malaysia menggunakan pembayaran e wallet. Kerajaan Malaysia juga telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang mengusahakan aplikasi e wallet.

Bantuan ini dinamakan sebagai bantuan E-Pemula Tujuan kerajaan adalah untuk memupuk rakyat Malaysia membuat transaksi melalui ewallet yang didapati ianya adalah mudah dan selamat.

Bantuan E-Wallet khas untuk rakyat Malaysia RM200

Berapakah Kadar Bantuan E-wallet Yang Diperkenalkan Oleh Kerajaan Malaysia?

Untuk makluman kepada semua, kerajaan Malaysia sebelum ini telah melancarkan juga bantuan e wallet itu sebanyak RM150 pada golongan yang layak memohon. Dan yang terbaru melalui peruntukan bajet 2023 yang telah menambahbaik bantuan E-Pemula dengan menaikkan kadar jumlah bantuan yang sebelum ini RM150 kepada RM200.

Kerajaan meneruskan bantuan ini kerana untuk mencapai matlamat rakyat Malaysia boleh melakukan transaksi tanpa tunai.

Apakah Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan E-Wallet?

Bagi membuat permohonan bantuan e wallet anda perlu merujuk syarat-syarat kelayakan terlebih dahulu.Berikut adalah syarat kelayakan bantuan ini:

Golongan belia berumur 18-20 tahun

Masih menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan di Insititusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)
Bagi anda yang berminat untuk membuat permohonan anda boleh merujuk maklumat dan cara memohon and penebusan kredit wallet di bawah.

Permohonan Dan Penebusan Bantuan E-Wallet RM200 Bagi Tahun 2023

Bagi tahun 2022, pakej bantuan e wallet ini telah diperkenalkan dan mendapat sambutan hangat daripada golongan belia. Untuk tahun 2022 sebanyak RM150 yang kerajaan tawarkan kepada mereka cukup syarat membuat penebusan. Manakala untuk tahun 2023, melalui pembentangan bajet Kerajaan telah menetapkan kadar dan meningkatkan bantuan e wallet sebanyak RM50 daripada RM150 kepada RM200 kepada golongan belia yang bakal membuat penebusan untuk tahun hadapan.

Untuk masa ini, kerajaan masih belum mengumumkan tarikh rasmi bagi pemberian bantuan e-wallet. Bagi rekod tahun ini bantuan e wallet boleh ditebus di mana-mana aplikasi e-wallet yang berdaftar dengan kerajaan, antara aplikasi e-wallet yang bertapak di Malaysia ialah:

1. Touch n Go eWallet
2. Boost
3. Grab Pay
4. BigPay
5. Shopeepay

Jadi, untuk tahun 2023 nanti. Berkemungkinan program E-Wallet akan dijalankan dan melibatkan rangkaian E-wallet seperti diatas. Oleh itu, diharapkan kepada mereka yang layak untuk membuat penebusan credit wallet sejumlah RM 200 terus sabar untuk menanti pengumuman pengumuman rasmi daripada pihak kerajaan Malaysia.

Untuk makluman kepada semua, kerajaan Malaysia memperuntukkan bajet yang lebih besar berbanding tahun 2022 bagi meneruskan bantuan kredit wallet pada golongan belia yang memerlukan. Usaha kerajaan ini dalam masa yang sama adalah untuk meningkatkan ekonomi dan menggalakkan golongan belia membuat transaksi atau menggunakan wang kertas.

Baca Lagi:
Macam ni rupanya Siti Nurhaliza merajuk, lain pula jadi kalau Datuk K panggil
Tarikh pelancaran kereta Proton S50 di Malaysia
Helikopter terhempas di Brinchang, Cameron Highlands
CATEGORIES