Bank Kuwait buat keputusan ‘angkat kaki’ keluar Malaysia selepas 19 tahun beroperasi

Photo of author

By Joe

Bank Kuwait buat keputusan ‘angkat kaki’ keluar Malaysia selepas 19 tahun beroperasi. Kuwait Finance House dilaporkan ingin menghentikan operasi mereka di pasaran Malaysia.

Kuwait Finance House, atau dikenali sebagai KFH, adalah pemberi pinjaman Islam asing pertama di Malaysia yang telah beroperasi selama 19 tahun.

Semalam, mereka mengumumkan keputusan untuk menghentikan operasi mereka di Malaysia bagi memberi fokus kepada perniagaan mereka di Timur Tengah.

Bank Kuwait buat keputusan 'angkat kaki' keluar Malaysia selepas 19 tahun beroperasi

KFH adalah syarikat pinjaman yang dimiliki sepenuhnya oleh pemegang saham dari Timur Tengah.
Syarikat kewangan antarabangsa ini merupakan bank terbesar di Kuwait dan juga bank Islam kedua terbesar di dunia.

Difahamkan, selain Malaysia, Kuwait Finance House tidak mempunyai operasi di negara lain di Asia.

Menurut wakil syarikat tersebut, penutupan operasi di Malaysia adalah selari dengan kajian strategik perniagaan antarabangsa mereka untuk memfokus dan mengembangkan pasaran mereka di Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Timur Tengah.

Berdasarkan pemfailan kewangan terkini di laman web mereka untuk sembilan bulan yang berakhir pada 30 September 2023, jumlah aset KFH Malaysia adalah RM7.46 bilion, berkurang daripada RM10.79 bilion pada Tahun Kewangan 2016.

Baca Lagi:
“Susuk ni sampai ke mati tak boleh buang”- Pemandi jenazah kongsi kisah mayat pakai susuk buat ramai meremang
Wanita pertama dalam Malaysia genggam PHD pada usia 82 tahun
Pelajar datang seorang diri daftar masuk belajar sebab ibu bapa tak cukup duit