Banjir Terengganu: Wanita sarat mengandung panjat bumbung untuk selamatkan diri

Banjir Terengganu: Wanita sarat mengandung panjat bumbung untuk selamatkan diri

Banjir Terengganu: Wanita sarat mengandung panjat bumbung untuk selamatkan diri. Lima sekeluarga termasuk seorang wanita sarat mengandung terpaksa menahan kesejukan lebih tiga jam di atas bumbung sebelum diselamatkan pasukan keselamatan di Kampung Lubuk Pait di sini hari ini.

Mohd. Saiful Azuar Mohd. Amin,30, berkata, rumahnya yang turut dihuni ibubapa dan adiknya mula dinaiki banjir pada pukul 7 pagi.

“Air naik dengan cepat. Kami yang panik nekad naik hingga ke bumbung untuk menyelamatkan diri.

Banjir Terengganu: Wanita hamil panjat bumbung selamatkan diri

Mohd. Saiful Azuar dan ahli keluarganya berlindung di atas bumbung sebelum diselamatkan di Kampung Lubuk Pait, Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini.

“Walaupun risau dengan keadaan isteri (Nur Hafizah Ab. Halim) yang sarat mengandung, kami tiada pilihan lain,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Saiful berkata, dia yang risau komunikasi terputus kerana bateri telefon bimbit hampir kehabisan telah memaklumkan situasi menimpa dia dan empat ahli keluarga lain kepada adiknya, Nor Hafizah Mohd Amin, 28.

Dia memberitahu, Nor Hafizah kemudiannya memuatnaik status untuk meminta bantuan di media sosial sebelum ia menjadi tular.

“Alhamdulillah kami telah diselamatkan pasukan keselamatan sebelum dihantar ke pusat pemindahan sementara (PPS) berhampiran pada kira-kira pukul 12.50 tengah hari,” katanya.

Baca Lagi:

Dadah di Felda: 57 penagih, pengedar ditangkap

Ramai yang masih ‘confius’ matikan enjin ke tidak semasa isi minyak, ini jawapan jurutera

Selepas viral lagu “GATAL”, kini Janna Nick menonggeng pula di media sosial

 

CATEGORIES