Bangunan tertinggi di dunia tapi tiada penghuni, ini sebabnya

Photo of author

By Joe

Bangunan tertinggi di dunia tapi tiada penghuni, ini sebabnya. Sebuah bangunan pencakar langit setinggi 596.49 meter di Tianjin, utara China, masih terbengkalai sejak memulakan pembinaannya 10 tahun lalu.

Goldin Finance 117 memegang rekod dunia sebagai bangunan tertinggi yang terbiar dan tidak berpenghuni selepas kerja pembinaan dihentikan beberapa tahun lalu.

Rekod Dunia Guinness (GWR) menyatakan bahawa pemilik bangunan tersebut, pemaju Goldin Properties yang berpangkalan di Hong Kong, menghadapi masalah kewangan berikutan kejatuhan pasaran saham China pada 12 Jun 2015, dan terpaksa menghentikan kerja pembinaan pada Disember tahun yang sama.

Bangunan tertinggi di dunia tapi tiada penghuni, ini sebabnya

“Sebahagiannya didorong oleh kegagalan berprofil tinggi apabila pada April 2020, kerajaan China mengisytiharkan peraturan perancangan bandar baharu yang mengharamkan pembinaan bangunan baru dengan ketinggian lebih daripada 500 meter dan sangat mengehadkan pembinaan pada ketinggian melebihi 250 meter,” katanya.

Bangunan itu, yang merupakan cetusan idea jutawan kelahiran Hong Kong, Put Sutong, sepatutnya mempunyai 128 tingkat dan dilengkapi dengan pusat beli-belah utama.

Bagaimanapun, beberapa tahun lalu, projek itu dibatalkan, menyebabkan bangunan tersebut terbiar di tengah-tengah bandar.

Menurut SkyscraperCity Forum, kos untuk pembinaan bangunan tersebut ialah AS$820 juta (RM3.68 bilion), namun ia meningkat kepada AS$1.2 bilion (RM5.39 bilion).

Pencakar langit itu kini memegang gelaran sebagai bangunan terbiar tertinggi di dunia.

Setakat ini, masih tidak diketahui sama ada bangunan pencakar langit itu akan dirobohkan atau diubah suai untuk mematuhi peraturan ketinggian.

Baca Lagi:
Lelaki umur 45 tahun bunuh jiran kerana berang kerap ditanya bila nak kahwin
Suami tak pernah tinggal solat, lepas 12 tahun kahwin baru tahu suami ‘dua alam’
Lelaki jadi jutawan segera selepas jumpa sebongkah batu dipenuhi emas seberat 4.6kg