Banglo 26 bilik tidur atas bukit di Damansara dijual RM19 juta raih perhatian ramai

Banglo 26 bilik tidur atas bukit di Damansara dijual RM19 juta raih perhatian ramai

Banglo 26 bilik tidur atas bukit di Damansara dijual RM19 juta raih perhatian ramai. Hampir setiap hari, pasti ada sahaja iklan rumah atau hartanah yang diiklankan di media sosial. Hartanah jenis rumah teres, rumah kedai atau apartment antara yang sering diiklankan kerana sering menjadi pilihan para pembeli di Malaysia.

Dalam pada itu, sebuah iklan hartanah yang baru sahaja diiklankan baru-baru ini berjaya mendapat netizen serta sudah meraih lebih 1,800 shares di Facebook berikutan keluasan serta harganya yang mencecah RM19 juta.

Banglo 26 bilik tidur atas bukit di Damansara dijual RM19 juta raih perhatian ramai

Menurut perkongsian Facebook Hasrat Hadzrat, rumah banglo mewah bertempat di Sungai Penchala, Damansara ini terdiri daripada 3 blok yang 26 bilik tidur serta 24 bilik air.

Dari segi keluasan, hartanah ini mempunyai keluasan sebesar 2 ekar atau 30,000 kaki persegi. Penawaran kolam renang yang luas serta rekaan dalaman yang eksklusif dan mewah antara yang membuatkan banglo mewah ini tampil menyerlah.

Banglo 26 bilik tidur atas bukit di Damansara dijual RM19 juta raih perhatian ramai

Banglo 26 bilik tidur atas bukit di Damansara dijual RM19 juta raih perhatian ramai

323387950 973614350287483 4131119733507784747 n e1676177010643

Banglo 26 bilik tidur atas bukit di Damansara dijual RM19 juta raih perhatian ramai

Iklan yang mendapat perhatian ramai ini turut menjemput pelbagai komen di kalangan netizen yang membayangkan keluasan rumah tersebut. Berikut merupakan antara respon di kalangan netizen.

Banglo 26 bilik tidur atas bukit di Damansara dijual RM19 juta raih perhatian ramai

Banglo 26 bilik tidur atas bukit di Damansara dijual RM19 juta raih perhatian ramai

Banglo 26 bilik tidur atas bukit di Damansara dijual RM19 juta raih perhatian ramai

Meskipun hadir dengan harga yang tinggi, difahamkan hartanah ini sudah sedia menawarkan diskaun buat para pembeli yang berminat di mana harga asalanya adalah RM21 juta. Pembeli yang berminat diminta untuk menyediakan deposit serendah 10% iaitu RM1.9 juta manakala urusan pembiayaan bakal diuruskan oleh ejen hartanah yang bertanggungjawab.

Baca Lagi:
Jamal Abdillah bagi peluang kepada peminat pilih nama sesuai untuk anak keempatnya
Penghulu minta gambar bogel isteri, suami mahu lapor polis
Berita baik buat golongan B40
CATEGORIES