Banduan dibenarkan menonton Piala Dunia 2022

Banduan dibenarkan menonton Piala Dunia 2022

Banduan dibenarkan menonton Piala Dunia 2022. Perlawanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 kini ditayangkan di semua penjara di Thailand.

Lapor thethaiger.com, perkara itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penjara negara itu.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Penjara Thailand, keputusan itu dibuat bagi membolehkan banduan menonton acara bola sepak berprestij dunia itu di dalam penjara.

Bagaimanapun, jelas jabatan itu, terdapat sejumlah besar sekatan untuk berbuat demikian.

Banduan dibenarkan menonton Piala Dunia 2022

“Pertama sekali, perlawanan hanya akan ditayangkan sehingga pukul 9 malam, jadi kebanyakan perlawanan yang berlangsung lebih lewat pada waktu malam tidak akan disiarkan.

“Para penonton harus bertenang dan tidak bertindak ganas termasuk bergaduh atau menjerit marah sekiranya pasukan mereka minati menunjukkan prestasi yang buruk.

“Pertengkaran, pergaduhan dan perjudian haram juga tidak dibenarkan ketika perlawanan Piala Dunia ditayangkan di penjara,” kata jabatan itu.

Jabatan itu menjelaskan ia merupakan satu hak keistimewaan dan para banduan diberi amaran untuk tidak bertaruh serta terlibat dalam sebarang pergaduhan ketika perlawanan Piala Dunia 2022 disiarkan di televisyen.

Katanya, penyiaran perlawanan itu juga bergantung kepada sama ada setiap penjara tertentu mempunyai televisyen tersedia untuk menayangkan kepada banduan.

Peluang untuk menonton dan menikmati perlawanan akhir bola sepak itu adalah satu keistimewaan akhir tahun bagi para banduan di penjara.

Baca Lagi:
Rumah mewah milik bekas menteri atas bukit di Shah Alam bakal dijual pada harga RM17 juta
MB Negeri Sembilan sedia lepas jawatan
‘Shuib ada ciri lelaki idaman saya’
CATEGORIES