Bandar utama di Malaysia didakwa bakal ‘lenyap’ pada tahun 2050?

Photo of author

By Joe

Bandar utama di Malaysia didakwa bakal ‘lenyap’ pada tahun 2050? Beberapa bandar-bandar utama di Malaysia didakwa bakal ‘lenyap’ kerana akan berada di bawah paras laut menjelang tahun 2050.

Perkara itu didedahkan pusat penyelidikan swasta, Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS) melalui Twitter rasmi hari ini.

Pendedahan juga itu adalah berdasarkan kajian terbaharu Elevation Data Triple Estimates of Global Vulnerability to Sea-Level Rise and Coastal Flooding terbitan Nature Communications.

Bandar utama di Malaysia didakwa bakal 'lenyap' pada tahun 2050?

Antara negeri yang terjejas adalah Perlis, Kedah, Penang, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Sarawak.

“Pada tahun 2050 Alor Setar menjadi sebuah pulau; sepanjang kawasan Parit Buntar hingga ke Taiping tidak kelihatan; Lebuhraya Utara-Selatan tenggelam; Bagan Datoh, Teluk Intan, dan Kuala Selangor lenyap; Port Klang tenggelam; Shah Alam menggecil; Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bertempat di sebelah pantai.
“Muar dan Pekan juga tenggelam; Kuala Terengganu mengecil dan menjadi beberapa buah pulau. Di Sarawak, Kuching juga mengecil dan menjadi beberapa buah pulau,” katanya.

518632

Tambah kenyataan itu lagi, berjuta penduduk Malaysia akan terkesan. Kebanyakan orang terpaksa berpindah. Projek perumahan dibazirkan. Tanah perladangan rosak. Krisis kekurangan makanan melanda.

“Tak kiralah parti mana yang anda sokong, orang korporat ataupun NGO, ini adalah realiti masa hadapan kita,” katanya.

Ciapan tersebut menjelaskan, kajian dibuat oleh Scott A. Kulp, dari Universiti Rutgers Amerika Syarikat itu menggunakan model CoastalDEM (Digital Elevation Models) iaitu pengukuran yang lebih tepat berbanding model Shuttle Radar Topography Mission (SRTM) pada kajian terdahulu.

“Model CoastalDEM mengurangkan kesalahan pengukuran SRTM & menunjukkan tanah yg terjejas dgn lebih tepat, berpunca drpd perubahan iklim,”katanya.

Dalam masa sama pendedahan itu turut menyatakan di peringkat global, populasi Asia adalah paling banyak terdedah kepada kenaikan paras laut iaitu sebanyak 70 peratus.

“Keadaan lebih teruk jika faktor lapisan ais tidak stabil diambil kira. Keseluruhan bahagian selatan Vietnam termasuk bandar Ho Chi Minh akan tenggelam pada tahun 2050.

“Bandar-bandar utama seperti Bangkok, Mumbai dan Shanghai akan lenyap,” katanya.

Baca Lagi:
Tak sangka satu-satunya negara yang ramai lelaki berkepala botak, ini sebabnya
Cita-cita dari kecil, lelaki ini habiskan RM64,000 untuk jadi anjing, ini hasilnya buat ramai tak sangka
Mahkamah jatuhkan hukuman bunuh individu hina Nabi, ketika dikebumikan jasad berpaling dari arah kiblat dengan sendiri