Bandar Kuala Lumpur tersenarai no.5 paling bahaya untuk warga Amerika Syarikat

Photo of author

By Joe

Bandar Kuala Lumpur tersenarai no.5 paling bahaya untuk warga Amerika Syarikat. Kuala Lumpur, ibu kepada negara Malaysia yang terkenal dengan menara ikonik dan kehidupan malam yang meriah kini dianggap sebagai bandar paling bahaya buat pelancong asing, terutamanya untuk rakyat Amerika Syarikat (AS).

Menurut kajian terbaru oleh Forbes Advisor, Kuala Lumpur mungkin tidak selamat seperti yang disangka oleh kebanyakan orang.

Berdasarkan kajian yang merangkumi 60 bandar di seluruh dunia, Kuala Lumpur menduduki tempat ke-29 di dunia dan ke-5 di Asia Tenggara sebagai bandar paling bahaya untuk dikunjungi oleh pelancong.

Bandar Kuala Lumpur tersenarai no.5 paling bahaya untuk warga Amerika Syarikat

Kajian oleh Forbes Advisor menilai tahap keselamatan berdasarkan tujuh metrik, dengan lima metrik yang diberi tumpuan utama:

1. Risiko Jenayah – Tahap keseluruhan jenayah di setiap bandar
2. Risiko Keselamatan Peribadi – Risiko dari jenayah, keganasan, ancaman pengganas, bencana alam, dan kelemahan ekonomi
3. Risiko Kesihatan – Tahap dan kualiti perkhidmatan kesihatan serta infrastruktur di bandar
4. Risiko Keselamatan Infrastruktur – Ketersediaan dan kualiti infrastruktur bandar serta kerentanannya terhadap bencana buatan manusia dan alam
5. Risiko Keselamatan Digital – Keupayaan warga untuk menggunakan internet dengan bebas tanpa kebimbangan tentang pelanggaran privasi, pencurian identiti dan serangan dalam talian

Dengan skor keseluruhan 55.36 daripada 100, Kuala Lumpur berada di tempat ke-29 dalam senarai tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Seasia Stats (@seasia.stats)

Prestasi Kuala Lumpur Mengikut Metrik

1. Risiko Jenayah: Tempat ke-15
2. Risiko Keselamatan Peribadi: Tempat ke-28
3. Risiko Kesihatan: Tempat ke-23
4. Risiko Keselamatan Infrastruktur: Tempat ke-24
5. Risiko Keselamatan Digital: Tempat ke-17

Dalam konteks Asia Tenggara, Kuala Lumpur adalah bandar ke-5 paling berisiko untuk pelancong, bersama-sama dengan bandar-bandar seperti:

1. Yangon, Myanmar (Tempat ke-3 di dunia)
2. Manila, Filipina (Tempat ke-5 di dunia)
3. Jakarta, Indonesia (Tempat ke-11 di dunia)
4. Ho Chi Minh City, Vietnam (Tempat ke-20 di dunia)
5. Kuala Lumpur, Malaysia (Tempat ke-29 di dunia)
6. Bangkok, Thailand (Tempat ke-30 di dunia)

Sebaliknya, bandar-bandar paling selamat di dunia menurut kajian ini adalah Singapura (tempat pertama), Tokyo (tempat kedua), dan Toronto (tempat ketiga).

Walaupun Malaysia secara keseluruhannya dianggap sebagai negara yang selamat, kajian ini menunjukkan bahawa Kuala Lumpur mempunyai beberapa cabaran dalam aspek keselamatan.

Pelancong, baik warga tempatan mahupun asing, perlu lebih berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan mereka terjamin.

Baca Lagi:
Nampak sama macam buah manggis, tapi sebenarnya bukan
Bengkel kereta ini viral selepas pomen jujur repair kereta, ‘dekat kedai lain semua suruh tukar 1 set’
Lelaki terkejut 3 pinggan nasi campur berharga RM156.50