Bakal suami menyamar sebagai mejar sarjan, wanita rugi ditipu RM38,000

Bakal suami menyamar sebagai mejar sarjan, wanita rugi ditipu RM38,000

Bakal suami menyamar sebagai mejar sarjan, wanita rugi ditipu RM38,000.

Seorang wanita di Thailand kerugian 300,000 baht (RM38,000) apabila ditinggalkan bakal suami pada hari perkahwinan mereka, lapor laman Thaiger, kelmarin.

Pengantin perempuan, Namthip, 40, berhabis hampir RM40,000 bagi majlis perkahwinannya menggunakan wang yang dipinjam daripada ahli keluarganya.

Bakal suami menyamar sebagai mejar sarjan, wanita rugi ditipu RM38,000

Menurut Namthip, kekasihnya, Suwannahong atau Ek mendakwa bertugas sebagai seorang askar dengan pangkat Mejar Sarjan.

Namun apabila Namthip cuba mengesan Ek dengan meminta Askar Diraja Thailand memeriksa nama lelaki itu, dia diberitahu bahawa tiada rekod tentang bakal suaminya di jabatan tersebut.

“Saya bercinta dengan Ek sejak Disember tahun lepas. Saya tidak pernah menyiasat latar belakangnya kerana yakin dengan personaliti, gaya pemakaian dan pembawakan diri Ek.

“Ibu bapa saya meminta mas kahwin sebanyak 200,000 (RM25,451). Pada mulanya dia bersetuju namun pada pagi sebelum majlis bermula, dia mempersoalkan nilai mas kahwin dan terus menghilangkan diri,” kata Namkhit.

Namthip mengatur pelbagai upacara dan tradisi Cina serta menyediakan 50 meja dipenuhi makanan dan minuman untuk tetamu perkahwinannya namun Ek tidak muncul sehingga majlis tamat.

Sehingga kini, empat hari selepas majlis tersebut berlangsung, Namkhit masih tidak mengetahui keberadaan Ek.

Baca Lagi:

Jumpa segulung duit RM100, ramai mengaku duit mereka, tapi lelaki ni berjaya jumpa pemilik asal

Polis trafik kena siasatan tatatertib didakwa iring anak ahli parlimen

“Baru minta maaf, dah kena minta maaf balik” gelagat anak tertinggal mak buat ramai terhibur

CATEGORIES