Bakal suami cabut lari hari nikah, teringat awek lama…

Bakal suami cabut lari hari nikah, teringat awek lama…

Bakal suami cabut lari hari nikah, teringat awek lama…Dalam kehidupan manusia, soal jodoh adalah rahsia Allah yang kita sendiri tidak dapat menekanya.

Kadang kala, perkenalan yang telah terjalin selama bertahun-tahun, jika dia bukan jodoh, pasti hubungan tersebut akan berakhir dengan perpisahan juga.

Situasi ini turut dialami oleh seorang pengguna, Iekin apabila pasangannya bertindak menghilangkan diri sewaktu hari pernikahan mereka yang sepatutnya diadakan pada 8 Januari lalu.

Impian Iekin untuk bergelar seorang isteri akhirnya bertukar kepada mimpi buruk, disebabkan perasaan bakal suaminya itu yang masih tidak dapat melupakan bekas kekasihnya.

Menurut Iekin, lelaki tersebut mula menunjukkan sikap yang berbeza apabila sering keluar rumah pada waktu malam sehingga tidak pulang semula dan apabila disoal, pelbagai alasan akan diberikan.

“Dia lari pagi nikah, saya cuba hubungi dia pagi itu tapi tak dapat sebab dia dah block saya.

“Saya terus hubungi mak dia, dan mak dia cakap anak dia tak nak teruskan pernikahan ini, dan kemudian saya ke rumah dia untuk memujuk, tapi sampai sana, dia dan kereta dia tak ada di rumah.

“Sebelum ini, dia dah seminggu keluar malam dan tak balik-balik rumah, dia buat tertekan sahaja hubungan ini,” luahnya.

Alangkah sedihnya dan hancur hati seorang perempuan setelah ditinggalkan begitu sahaja oleh pasangan yang telah berjanji untuk hidup semati bersama-sama pada hari pernikahan mereka.

Tambahnya lagi, selepas keluarganya mendapat tahu perkara yang berlaku, ayahnya terus memeluk erat tubuhnya sambil memberi kata-kata semangat untuk dirinya terus kuat hadapi ujian Allah.

Jelasnya, dia akur dengan takdir yang sudah tertulis buat kehidupannya dan selepas kejadian tersebut, Iekin mengambil keputusan untuk merantau seorang diri namun, bayangan peristiwa itu masih sukar untuk dilupakan. Menjengah ke ruangan komen, orang ramai turut meluahkan rasa sedih dan simpati terhadap perkongsian yang diceritakan Iekin.

Baca lagi: 

4 sebab yang perlu kita tahu jika sering batuk hingga ganggu tidur malam

Remaja perempuan cedera, leher terlilit bendera parti

15 VIP cedera gara-gara lembu jantan naik minyak rempuh pagar

CATEGORIES
TAGS