Baju pakoda ada kesan terbakar kena seterika dijual dengan harga RM2,000

Photo of author

By Joe

Baju pakoda ada kesan terbakar kena seterika dijual dengan harga RM2,000. Sehelai baju pakoda putih dengan kesan terbakar akibat seterika telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen selepas ia dijual dengan harga RM2000 di laman web fesyen vintaj.

Menurut MSN, baju tersebut dikatakan keluaran jenama Maison Margiela, sebuah jenama fesyen mewah dari Perancis yang terkenal dengan rekaan eksentrik dan avant-garde.

Jenama ini dahulunya dikenali sebagai Maison Martin Margiela sebelum menukar namanya kepada Maison Margiela.

Baju pakoda ada kesan terbakar kena seterika dijual dengan harga RM2,000

Pada 9 September lalu, seorang pengguna X bernama @joulian telah berkongsi gambar baju pakoda putih tersebut yang menampilkan kesan terbakar akibat seterika, sambil mendakwa bahawa produk itu adalah keluaran Maison Margiela yang dilancarkan pada tahun 2007.

Jualan semula baju pakoda tersebut telah menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi selepas mengetahui ia dijual dengan harga yang tinggi.

Beberapa netizen meluahkan rasa terkejut terhadap reka bentuk dan harga baju tersebut.

Salah seorang bertanya, “Ada orang beli baju macam ni ke?” Manakala yang lain pula tertanya-tanya sama ada kesan terbakar itu sebenarnya merupakan sebahagian daripada rekaan asli produk tersebut.

Seorang netizen berseloroh, “Tak sangka kesan terbakar pada baju pun boleh jadi fesyen mewah.”

Maison Margiela memang dikenali dengan rekaan yang tidak konvensional. Mereka sering melangkau sempadan fesyen tradisional, mencabar idea tentang apa yang dianggap ‘cantik’ dan ‘bergaya’.

Namun, bagi baju dengan kesan terbakar yang sengaja diletakkan ini, ramai yang berpendapat bahawa ia melampaui batas.

Baca Lagi:

Suami isteri terkejut video intim tersebar selepas jual telefon di kedai

Jangan buang masa gaduh dengan syarikat penerbangan jika bagasi rosak, ikut cara ini boleh tuntut ganti rugi terus

Hina Islam di resit makanan, Facebook bengkel motosikal di Pulau Pinang diserang netizen