“Baik mu bela anak cicak”- Tular video wanita terkejut anak menangis sebab nak bela anak babi. Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang kanak-kanak menangis kerana mahu memelihara anak khinzir.
Melalui video yang dikongsikan, pengaruh Elly Emirza menunjukkan anaknya Sara sedang menangis kerana ibunya tidak dapat membeli anak khinzir sebagai haiwan peliharaan yang diinginkannya.
Elly kemudian menjelaskan kepada Sara bahawa haiwan tersebut tidak boleh dipelihara oleh umat Islam dan adalah haram untuk disentuh.
“Kamu tahu tak, haram tu Sara. Baik kamu bela anak cicak ke, anak tapir ke, anak musang ke. Kamu ni dah kenapa? Kena mengucap banyak ni, kembali ke pangkal jalan. Dah jauh sangat tu.”
Video pendek yang dikongsikan itu telah mendapat 2.3 juta tontonan dan mendapat pelbagai respon dari warganet yang kebanyakannya terhibur dengan kelakuan si kecil itu.
Terdapat juga cadangan kepada Elly untuk membeli ‘guinea pig’ sebagai haiwan peliharaan.
@ellyemirza weh sara pelik pada mail lagi😭😭😭 @Nurrifa Rich HQ ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)