‘Bahaya kahwin dengan sepupu sendiri’- Doktor beri sebab kenapa tak digalakkan kahwin dengan sepupu sendiri

Photo of author

By Joe

‘Bahaya kahwin dengan sepupu sendiri’- Doktor beri sebab kenapa tak digalakkan kahwin dengan sepupu sendiri. Topik mengenai berkahwin dengan sepupu sendiri sering dibahaskan dalam perbincangan keluarga sama ada dalam bentuk gurauan atau nada yang serius.

Menurut mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri syariat Islam membenarkan kahwin sepupu tapi tidak pernah menggalakkannya.

Menurut beliau, berkahwin bersama saudara jauh atau yang tiada kaitan kekeluargaan lebih digalakkan dalam Islam.

'Bahaya kahwin dengan sepupu sendiri'- Doktor beri sebab kenapa tak digalakkan kahwin dengan sepupu sendiri

Ada sebab mengapa Islam menggalakkan supaya berkahwin dengan yang tiada pertalian darah dan dari sudut sains perkahwinan sesama pertalian darah juga boleh mendatangkan mudarat buat Genetik atau anak-anak yang bakal dilahirkan.

Ikuti penerangan yang dibuat oleh pempengaruh perubatan, Dr. Samhan berkenaan bahaya berkahwin dengan sepupu sendiri dan kaitannya dengan genetik.

Bahaya kahwin dengan sepupu sendiri

Sebagai seorang doktor, saya tak galakkan untuk kamu semua untuk kahwin dengan sepupu sendiri.

Dari sudut agama, perkahwinan di antara sepupu adalah harus di sisi syarak. Kerana sepupu tidak termasuk dalam kalangan mahram.

Tetapi, syarak menggalakkan supaya bernikah dengan wanita asing kerana zuriat dan keturunan yang dilahirkan lebih sihat dan kuat.

Jadi kenapa saya tidak menggalakkan perkahwinan dengan sepupu sendiri, ia adalah kerana kita dan sepupu kita berkongsi genetik yang sangat dekat.

Lebih rapat pertalian, lagi tinggi persamaan genetik.

Jadi lebih tinggi kemungkinan untuk mendapat penyakit keturunan genetik.

Persamaan genetik kita dan sepupu kita adalah 12.5 peratus.
Jika terdapat sejarah penyakit turun temurun dalam keluarga, perkahwinan sepupu boleh meningkatkan risiko untuk mewarisi dan menyebarkan penyakit tersebut.
Mengikut kajian, kanak-kanak daripada perkahwinan sepupu pertama mempunyai risiko 4-6 peratus untuk gangguan genetik resesif autosomal.

'Bahaya kahwin dengan sepupu sendiri'- Doktor beri sebab kenapa tak digalakkan kahwin dengan sepupu sendiri

Contoh penyakit genetik resesif autosomal adalah talasemia, cystic fibrosis, dan spinal muscular atrophy.

Kanak-kanak daripada sepupu yang lebih jauh, mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengalami gangguan ini, walaupun masih lebih tinggi daripada purata populasi.

Jadi, nasihat saya adalah boleh berkahwin dengan sepupu tapi digalakkan untuk kahwin dengan mereka yang tiada pertalian keluarga dengan kita.

Baca Lagi:
‘Melayu takkan hilang, Dr Mahathir akan terpadam dari politik’- Presiden Gerakan
‘Aku tersuka rakan sekerja pejabat tapi dia suami orang anak 5, bila aku teringin nak bersuamikan dia, aku terbayang isterinya yang setia jadi surirumah’
Ramai yang salah faham, perut berbunyi bukan sebab lapar, rupanya sebab ni..