Bahan masakan dan minuman ‘licin’ di pasaraya sebab Khairul Aming. Bahan masakan dan minuman hampir ‘licin’ akibat penangan perkongsian resipi berbuka puasa oleh pempengaruh media sosial popular, Khairul Aming. Dengar saja “hey, what’s up guys”, tentu ramai yang mengenali suara pempengaruh popular, Khairul Aming yang sangat dinantikan semua, khususnya pada bulan Ramadan. Seperti biasa, video masakan yang dimuat naik oleh Aming pasti akan mendapat perhatian ramai.
Penangan 30 Hari 30 Resepi, menu-menu istimewanya sebagai rujukan untuk juadah berbuka puasa, moreh dan sahur, ramai peminat ke pasar raya berdekatan untuk mencari bahan-bahan bagi menyediakan menu selepas menonton video Aming. Khairul Aming fever is back guys, ciap warganet di laman Twitter. Ramai warganet yang berkongsi cerita tidak sempat membeli bahan-bahan dan ada juga berseloroh memuji Aming yang dikatakan telah meningkatkan ekonomi negara.
Kita kena cadangkan setiap supermarket buat satu corner khas untuk bahan-bahan masakan KA 30 puasa. Ye weh cari mint leaf habis. Semalam cari laici, laici habis guys. Mantaplah boleh memajukan ekonomi negara ni,” komen warganet.
View this post on Instagram