“Bagi layanan baik, gaji pun lumayan”, kakak Alif Syukri minta kesan pembantu rumah bawa lari barang kemas RM300,00.00

“Bagi layanan baik, gaji pun lumayan”, kakak Alif Syukri minta kesan pembantu rumah bawa lari barang kemas RM300,00.00

“Bagi layanan baik, gaji pun lumayan”, kakak Alif Syukri minta kesan pembantu rumah bawa lari barang kemas RM300,00.00. KAKAK kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Noor Hayati Kamarzaman menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang berjaya menjejaki pembantu rumah ibu mentuanya yang telah melarikan diri, baru-baru ini.

Kata Noor Hayati, suspek yang dikenali sebagai Citra turut membawa lari barang kemas milik ibu mentuanya.

“Sesiapa yang ada terjumpa suspek di gambar, bernama Citra. Sila hubungi saya. Ganjaran akan diberikan. Suspek merompak dan melarikan barang kemas. Suspek ialah pembantu rumah ibu mentua saya,” katanya.

"Bagi layanan baik, gaji pun lumayan", kakak Alif Syukri minta kesan pembantu rumah bawa lari barang kemas RM300,00.00

Hayati berkongsi perkara itu berserta foto wanita berkenaan menerusi akuan Instagram miliknya pada Khamis.

Sementara itu, ibu kepada Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Bonda memberitahu suspek telah membawa lari barang kemas hampir RM300,000 dari rumah besannya itu.

"Bagi layanan baik, gaji pun lumayan", kakak Alif Syukri minta kesan pembantu rumah bawa lari barang kemas RM300,00.00

“Pembantu rumah yang jadi perompak terhormat. Disayangi ini balasannya, melarikan hampir RM300,000 ribu barang kemas besan saya.

“Bonda mohon bantuan pada semua pengikut untuk sebar-sebarkan,” katanya.

Tambah Rozita, pembantu rumah tersebut telah berkerja selama tiga tahun bersama besannya, malah anaknya juga melayani suspek dengan baik.

“Yati sangat baik menjaga pembantu rumah, tiga tahun berkerja menjaga mak mentua Yati. Tergamak betul mencuri. Sahabat followers jika nampak atau dapat info, bantu kami ya selain pihak polis menjejakinya,” katanya lagi.

Pun begitu, Bonda menjelaskan bahawa tidak semua pembantu rumah warga Indonesia itu berperangai sedemikian malah semuanya bergantung kepada diri individu tersebut.

“Mohon maaf ya, tak semua pembantu rumah jahat. Jangan burukan bangsa Indonesia, salah di sisi Islam. Yang jahat ini ikut orang juga, tak semua begitu ada ramai lagi yang baik. Yang berdosa dia, kita jangan tambah dosa kepada orang lain yang tidak berdosa,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berharap agar wanita berkenaan segera ditahan.

"Bagi layanan baik, gaji pun lumayan", kakak Alif Syukri minta kesan pembantu rumah bawa lari barang kemas RM300,00.00

Malah, ada juga yang memaklumkan pernah melihat suspek di sekitar Putrajaya beberapa hari lalu.

“Tiga hari lepas dia dekat Putrajaya, bangsa dia orang ini tidak boleh buat baik sangat.

“RM300,000 bukannya sikit harap dapat suspek cepat tertangkap. Dah banyak kali kes macam ini berlaku. Dia orang ini, dah bagi layanan baik… gaji sedap pun masih lagi nak mencuri,” antara komen netizen.

Baca Lagi:
Zahid Hamidi dibebaskan mahkamah
Suri rumah 54 tahun jadi jutawan selepas menang jakpot RM41.45 juta hanya bermodal RM2.00
Influencer buat ‘food review’, netizen minta senaraikan list makanan sebab tengok google banyak yang ada ‘pork’
CATEGORIES