Badan anak terbakar dipanah petir, ibu cerita punca kejadian

Badan anak terbakar dipanah petir, ibu cerita punca kejadian

Badan anak terbakar dipanah petir, ibu cerita punca kejadian. Seorang ibu bersama anaknya yang juga orang kurang upaya (OKU) nyaris maut akibat dipanah petir dalam kejadian di Kampung Permatang Kerisek, Simpang Empat, di sini pada Isnin.

Dalam kejadian jam 7 malam itu mangsa, Nor Lelawati Abu Bakar, 39, baru selesai menjemput anaknya Muhamad Azizul Jaafar, 8, dari rumah jirannya yang terletak kurang 50 meter dari rumah mereka.

Menurut Nor Lelawati, ketika itu mereka sedang berjalan kaki dalam hujan renyai dan tiba-tiba dia terdengar dentuman kuat berserta cahaya terang.

Badan anak terbakar dipanah petir, ibu cerita punca kejadian

“Tiba-tiba saya terpelanting ke hadapan terasa seolah-olah dihentak dengan benda berat dari belakang.
“Saya terasa badan saya sangat panas ketika itu dan nampak anak saya turut jatuh tertiarap tidak sedarkan diri sebelum saya sendiri pengsan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Permatang Kerisek, Simpang Empat, di Simpang Empat, di sini hari ini.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, anak sulungnya yang menyedari kejadian berkenaan segera mendapatkan bantuan suaminya, Jaafar Saidin, 65 dan beberapa lagi pekerja tapak semaian berhampiran rumahnya.

“Saya memang tidak sedar langsung selepas itu, hanya sedar ketika berada dalam kereta suami semasa dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.
“Malah, saya diberitahu Muhamad Azizul juga tidak sedarkan diri dan hampir keseluruhan badannya melecur terbakar namun mujurlah dia kembali bernafas ketika sebuah lagi kereta yang membawanya itu menghampiri hospital,” katanya.

Nor Lelawati disahkan mengalami trauma tanpa sebarang kecederaan serius manakala anaknya pula melecur 25 peratus bahagian badan terutama sekitar leher, perut dan kaki kiri.

Disebabkan kecederaan serius itu, Muhamad Azizul terpaksa ditidurkan semula sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar bagi menjalani pemeriksaan lanjut pakar kulit awal pagi ini.

Muhamad Azizul kini berada dalam keadaan stabil manakala Nor Lelawati pula masih berasa sakit pada bahagian dada terutama ketika bernafas.

Sementara itu, anak sulung Nor Lelawati, Amirizal, 32, berkata ketika kejadian dia dan rakannya sedang membetulkan atap di kilang membakar sekam yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

“Semasa kejadian, kami ternampak cahaya putih menyambar kawasan yang dilalui ibu dan adik diikuti dentuman seperti letupan mercun.
“Selepas itu kami nampak ibu dan adik rebah di atas tanah,” katanya.
Baca Lagi:
Adik Zayn Rayyan yang hilang sejak semalam ditemui meninggal dunia
Ini kiraan bayaran bulanan untuk kereta Proton S70
“Aku kerja doktor, aku dicerai suami selepas gagal jawab soalan pilih dia atau pesakit”
CATEGORIES