Baby Shima jadi perhatian ramai selepas tampil bertudung

Photo of author

By Joe

Baby Shima jadi perhatian ramai selepas tampil bertudung. Penyanyi sensasi Baby Shima menuai perhatian ramai apabila tampil dengan imej bertudung dalam sebuah persembahan sempena sambutan Israk Mikraj, hari ini.

Pemilik nama penuh Nor Ashima Ramli itu memberitahu, imej berhijab berkenaan merupakan keputusannya sendiri bagi menghormati hari mulia tersebut.

“Selesai bergoyang ya habibi hari ini. Lain kali datang dahulu sebelum berkata-kata.
“Apabila mendapat tahu ada persembahan pada hari Israk Mikraj, saya sendiri ingin tampil sebegini,” katanya dalam satu entri Instagram hari ini.

Baby Shima jadi perhatian ramai selepas tampil bertudung

Dia bagaimanapun melahirkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir individu melemparkan tuduhan awal sebelum dia tampil dengan imej bertudung.

“Sebelum muncul buat persembahan, ramai pula memilih untuk berkata terlebih dahulu sehingga ada yang tuduh saya tidak menghormati hari mulia ini.

“Sedangkan mereka belum melihat dahulu penampilan yang akan saya persembahkan.

“Saya tahu bagaimana untuk menyesuaikan diri tanpa disuruh oleh siapa pun,” ujarnya.

Difahamkan, pelantun lagu Lalai itu dijemput mengadakan persembahan sempena sambutan Israk Mikraj di Kuantan, Pahang hari ini.

Menerusi video yang dimuat naik Shima, dia turut mendendangkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Sebelum ini, dia kerap dihambat kontroversi apabila sering muncul dengan video bergelek dan imej seksi.

Baca Lagi:
Pembeli nak beli nasi bajet empat bungkus, buka dompet dia diam.. Wanita ini terus beri 5 bungkus nasi percuma
Budak baru nak ambil SPM dari Shah Alam terima gaji RM14,000 sebulan
Lelaki setuju hantaran RM22,222.22, selepas selesai akad nikah lelaki ceraikan isteri talak 3 depan orang ramai