Azri Iskandar tak jadi kahwin dengan Datuk Noora, bekas isteri dedah sesuatu. Hari ini menjadi tumpuan apabila pelakon Azri Iskandar mengumumkan pemisahan daripada kekasihnya, Datuk Noora Kay kerana kurang keserasian. Datuk Noora juga mengesahkan bahawa dia dan Azri telah berpisah sejak hujung Mei lalu.
Walau bagaimanapun, bekas isteri Azri, Ellie Suriaty menafikan bahawa dia dan Datuk Noora telah berpisah disebabkan kurang keserasian, dan mengesahkan persiapan perkahwinan mereka telah pun dilakukan.
Menurut laporan Kosmo, Elle menyatakan bahawa mereka telah meminta untuk menangguhkan tarikh majlis perkahwinan disebabkan kesibukan jadual penggambaran Azri dan mendakwa Datuk Noora ingin semua perbincangan mengikut kehendaknya.
“Mewakili pihak lelaki, kami meminta tangguh kerana tidak mahu membuat majlis dalam keadaan tergesa-gesa. Keluarga juga menasihatkan agar majlis perkahwinan dijalankan dengan tenang dan tidak terburu-buru kerana ia merupakan satu detik yang sangat bermakna.
“Menurut pendapat saya, Datuk Noora Kay tidak sabar dan ingin semua perbincangan mengikut kehendaknya. Bagi saya, itu tidak menunjukkan kematangan dalam berbincang,” katanya.
Sementara itu, Elle turut mendedahkan bahawa Datuk Noora sendiri yang membuat keputusan untuk mengakhiri hubungannya dengan Azri.
“Hanya kerana berpangkat Datuk, semua mesti mengikut telunjuk. Janganlah mengatakan tiada keserasian, tetapi mengatakan tiada jodoh,” katanya.
Dalam masa yang sama, Elle juga meminta netizen untuk tidak mengaitkan dirinya dengan perkara tersebut serta meminta untuk berbaik dengan bekas suaminya kerana dia sudah menganggap Azri sebagai saudaranya sendiri.
“Kami telah menjalani kehidupan berumah tangga selama 19 tahun, jadi tolong berikan kami ruang. Perceraian tidak semestinya membawa kepada permusuhan dan pertikaian,” katanya.