
Azhar Sulaiman buat ‘house tour’ yang dibina atas tempat sembahyang orang asli, tapi ada batu misteri yang tak dapat dipecahkan dalam rumah
Azhar Sulaiman buat ‘house tour’ yang dibina atas tempat sembahyang orang asli, tapi ada batu misteri yang tak dapat dipecahkan dalam rumah. Sejak beberapa hari kebelakangan ini, pelakon Azhar Sulaiman berkongsi siri video house tour khusus untuk pengikut di TikTok.
Ramai dalam kalangan peminat terkejut apabila Azhar membawa mereka secara virtual melawat kawasan rumahnya yang bersaiz mega.
Namun, dalam salah satu video house tour yang dikongsikan, Azhar sempat bercerita mengenai satu batu misteri yang tidak boleh dipecahkan ketika rumahnya dibina.
“Kalau orang datang rumah, mereka akan tanya, ini ruang apa? Macam stor, tapi tinggi. Macam tempat pemujaan… Di bawah ini adalah batu granit yang tak boleh dipecahkan. Ini adalah satu misteri. Batu yang besar ni bukan setakat tak dapat dipecahkan, malah ia terkeluar sampai dinding luar rumah.
“Setiap kali orang datang, mereka akan tanya, ni apa? Bekas simen tak dibuang ke? Ini adalah sebahagian daripada batu yang di dalam itu. Terkeluar sampai sini,” terangnya.
Menurut Azhar, sungguhpun dia cuba untuk memecahkan batu tersebut sebelum membina rumah, namun, usahanya itu sia-sia.
View this post on Instagram