Ayah mertua Azhar Sulaiman, Datuk Pahamin meninggal dunia dalam kapal terbang

Ayah mertua Azhar Sulaiman, Datuk Pahamin meninggal dunia dalam kapal terbang

Ayah mertua Azhar Sulaiman, Datuk Pahamin meninggal dunia dalam kapal terbang. Bekas Pengerusi AirAsia Berhad, Datuk Pahamin Rajab, 77, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke London, United Kingdom (UK), malam tadi.

Berita duka itu dikongsi menantunya, pelakon, Azhar Sulaiman melalui hantaran Instagram (IG), awal pagi tadi.

Azhar berkata, Allahyarham Pahamin yang juga bekas Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam perjalanan menghadiri majlis graduasi anaknya di London.

Ayah mertua Azhar Sulaiman, Datuk Pahamin meninggal dunia dalam kapal terbang

“Dukacita saya hendak maklumkan bapa mentua saya, Datuk Pahamin Rajab baru meninggal dunia.
“Beliau baru sampai London kena serangan jantung dalam penerbangan. Sekarang ibu mentua dan anak lelaki saya, Rees ada di London,” katanya dalam video yang dimuat naik.

Azhar berkata, beliau dan ahli keluarga yang lain akan berangkat ke London, esok.

Allahyarham Pahamin yang juga Pengasas Bersama AirAsia pernah berkhidmat dalam kementerian dan agensi kerajaan di Malaysia dalam tempoh lebih 30 tahun.

Allahyarham Pahamin pernah menyandang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bermula 1998 hingga 2001 dan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1974 hingga 1998.

Allahyarham Pahamin juga memegang jawatan penting dalam beberapa syarikat termasuk LNG Resources Bhd, Forlife Research Sdn Bhd dan Mediscreen Sdn Bhd.

Baca Lagi:
Wanita jadi buta selepas memicit biji jerawat di hidung
Ini latar belakang usahawan muda mahu beli Kelantan FC dengan harga RM10 juta
Pemilik kedai terkejut jumpa duit yang hilang, rupanya bekas pekerja kirim surat berserta duit yang dicuri
CATEGORIES