Axia baharu 2023 harga RM38,600 hingga RM49,500 seunit, boleh tempah sekarang

Axia baharu 2023 harga RM38,600 hingga RM49,500 seunit, boleh tempah sekarang

Axia baharu 2023 harga RM38,600 hingga RM49,500 seunit, boleh tempah sekarang. Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan Axia serba baharu yang dijual pada harga bermula RM38,600 hingga RM49,500 seunit.

Perodua Axia serba baharu itu kini dibuka tempahan dan bakal dilancarkan secara rasmi dalam masa terdekat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata model serba baharu Axia itu ditawarkan menerusi empat pilihan varian iaitu G, X, SE dan AV.

Axia baharu 2023 harga RM38,600 hingga RM49,500 seunit, boleh tempah sekarang

Beliau berkata, Axia serba baharu itu akan menggantikan Axia sedia ada ketika ini yang sudah menamatkan pengeluaran pada Disember 2022.

Katanya, bagi pelanggan yang telah menempah Axia sedia ada, mereka boleh menaik taraf ke Axia serba baharu atau mengekalkan pilihan pembelian mereka.

“Kami galakkan orang ramai yang sudah menempah Axia tetapi masih belum menerima kereta digalakkan untuk menukar ke Axia serba baharu.
“Segala insentif jika ada (ketika tempahan dilaksanakan) akan dikekalkan,” katanya selepas taklimat media Tinjauan Prestasi Perodua 2023 di sini, hari ini.

Zainal Abidin berkata, Perodua Axia serba baharu adalah model terbaharu di bawah Perodua Smart Build (PSB) dan menjadi sebahagian daripada rangkaian pengeluaran serta komponen global.

Axia baharu 2023 harga RM38,600 hingga RM49,500 seunit, boleh tempah sekarang

Axia baharu 2023 harga RM38,600 hingga RM49,500 seunit, boleh tempah sekarang

Beliau berkata, hasilnya adalah model yang menawarkan pelbagai pilihan untuk pembeli kereta peringkat permulaan dan Perodua Axia serba baharu menawarkan nilai terbaik dalam segmennya.

“Model peringkat permulaan terbaharu ini adalah evolusi lengkap daripada model terdahulunya pada semua peringkat dari segi kecekapan bahan api, yang mana model ini berpotensi untuk bergerak sehingga 27.4 kilometer seliter berdasarkan kepada mod Kitaran Pemanduan Malaysia yang baharu,” katanya.

Model baharu ini juga turut dilengkapi dengan Bantuan Pemanduan Pintar Perodua, yang pertama untuk kereta peringkat permulaan.

Ia turut didatangkan dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) beserta kawalan cengkaman, ABS dengan Pengagihan Tenaga Brek Elektronik (EBD), Hill Start Assist dan kawalan cengkaman.

Kesemua varian itu dilengkapi enjin satu liter dengan DCVT (Dwi-Mod Transmisi Boleh Laras Berterusan) dan didatangkan dalam lima warna iaitu Granite Grey, Lava Red, Glittering Silver,Ivory Whitedan serta warna baharu, Coral Blue.

Untuk varian SE dan AV, Perodua Axia serba baharu didatangkan dengan mod kuasa, lampu siang LED (DRL), solar dan filem keselamatan serta kerusi jenis semi bucket dengan sandaran kepala boleh ditanggalkan.

Varian AV Perodua Axia Serba Baharu didatangkan dengan ciri eksklusif seperti paparan pelbagai maklumat TFT (Transistor Filem Nipis) tujuh inci, paparan audio sembilan inci, tempat duduk separa kulit (dua tona) dan enam beg udara.

Baca Lagi:
13 tahun telah berlalu, ramai tak sangka ini kehidupan terkini balu Achik Spin
Tular gambar Bung Moktar main judi bersama dengan cip bernilai RM50,000 dan RM10,000 atas meja
Rezeki pekerja lori sampah, ahli perniagaan tersilap buang plastik hitam berisi wang tunai RM90,000
CATEGORIES